Gopal Sri Ram
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Kerajaan memfailkan permohonan bagi membatalkan saman
yang difailkan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saman itu difailkan Anwar bagi menuntut dirinya dilepas dan dibebaskan
daripada sabitan liwat kerana mendakwa tidak mendapat perbicaraan yang
adil susulan pendakwaan dikendalikan peguam Tan Sri Muhammad Shafee
Abdullah.
Permohonan membatalkan saman itu dikemukakan melalui jabatan peguam negara di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.
Prosiding dalam kamar hakim Datin Azizah Nawawi itu turut dihadiri
pasukan peguam Anwar yang diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram bersama N
Surendran dan Latheefa Koya, selain Peguam Kanan Persekutuan, Awang
Armadajaya Awang Mahkud; Kwan Li Sa dan K Mangai.
Peguam Nur Emilia Mohd turut hadir mewakili perdana menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak, manakala Muhammad Shafee turut hadir mengikuti
prosiding.
Dalam permohonan tersebut, Awang Armadajaya mengemukakan alasan, saman
tersebut wajar ditolak kerana bekas ahli parlimen Permatang Pauh telah
mengemukakan banyak permobonan berkaitan isu sama.
Azizah kemudian menetapkan 24 Oktober depan untuk keputusan.
Melalui saman yang difailkan pada 9 Jun itu, Anwar mendakwa perbicaraan
kes liwat yang dihadapinya dikendalikan peguam yang dilantik oleh
pendakwa raya yang bertentangan dengan amalan biasa kamar peguam negara
dan pendakwa raya.
Dakwanya, peguam tersebut iaitu Muhammad Shafee mengendalikan kes
dengan sikap melampau dan tidak adil, yang bercanggah dengan prinsip
amalan pendakwaan.
Beliau juga mendakwa Muhammad Shafee dibayar RM9.5 juta oleh Najib dan
menyifatkan peguam tersebut bukan pendakwa yang bebas kerana mempunyai
kepentingan kewangan secara langsung.
Sementara itu, dalam masa sama, peguam Najib dan Shefee turut memohon
untuk mengetepikan permohonan Anwar yang memaksa mahkamah supaya dua
penyata kewangan berkaitan dakwaan pemindahan wang RM9.5 itu didedahkan.
No comments:
Post a Comment