Bekas timbalan ketua menteri berkata gabungan
pembangkang dari Malaysia Barat melepaskan 60 kerusi DUN dan 25 kerusi
Parlimen di Sabah kepada parti tempatan.
KOTA KINABALU: Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah Datuk Seri Lajim
Ukin menasihatkan Pakatan Harapan jangan tamak dan melepaskan 60 kerusi
DUN dan 25 kerusi Parlimen di Sabah kepada parti tempatan.
“Matlamat kami sama iaitu menumbangkan kerajaan BN. Jadi mengapa tidak biarkan Sabah yang uruskan hal Sabah?
“Pemimpin PH boleh sertai parti tempatan dan kita boleh bekerjasama
dengan parti-parti Semenanjung,” katanya selepas merasmikan mesyuarat
perwakilan pertama parti itu hari ini.
Adun Klias berkata PH sudah memiliki 165 kerusi Parlimen dan lebih
500 kerusi negeri di Tanah Melayu. Dengan jumlah kerusi yang sebegitu
besar, beliau hairan mengapa PH tidak mahu melepaskan 60 kerusi DUN dan
25 kerusi Parlimen kepada parti tempatan.
“Kita sudah menimbangkan bentuk kerjasama dengan mereka tetapi mereka
mestilah serius. Pada ketika ini, mereka masih belum boleh buat
keputusan, jadi bagaimana kita mungkin bekerjasama?” katanya.
Bekas timbalan ketua menteri itu berkata beliau tidak mahu memusuhi
parti Malaysia Barat tetapi menegaskan jika PH serius mengenai Sabah,
maka mereka harus biarkan Sabah yang tentukan hal Sabah.
PH Sabah bulan lepas mengumumkan mereka mahu bertanding semua kerusi
di Sabah walaupun pengerusinya, Christina Liew akui hanya 90% kerusi
sudah dipersetujui setakat ini.
Beliau berkata PH Sabah sedia bekerjasama dengan “pembangkang
sebenar” yang mahu menumbangkan kerajaan, dan berkata gabungan
pembangkang itu sudah mengenalpasti beeberapa parti tempatan.
Sementara itu, Lajim mengesahkan Gabungan Sabah berharap Pakatan
Harapan dapat memenangi majoriti kerusi pada pilihan raya umum akan
datang.
Menurut Lajim, pengagihan kerusi gabungan mereka sudah dimuktamadkan
baru-baru ini dan partinya diberi 28 kerusi DUN dan 14 kerusi Parlimen.
Beliau enggan menyatakan di mana partinya akan bertandung tetapi
rakan gabungannya, Parti Progresif Sabah (SAPP) ditugaskan untuk
bertanding di kerusi bandar seperti Kota Kinabalu dan Sandakan.
Lajim berjanji akan meletakkan sekurang-kurangnya 6 calon perempuan
walaupun parti itu masih perlu perhalusi calon mereka bagi meastikan
calon yang diletakkan mempunyai latar belakang yang bersih.
“Kita tidak mahu letak calon yang mempunyai sejarah meragukan,
contohnya disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),”
katanya.
Lajim mengakui partinya dan Gabungan Sabah dituduh bekerjasama dengan BN untuk mensabotaj “pembangkang sebenar”.
“Saya ada dengar khabar angin kononnya kami dibayar jutaan ringgit.
Ada yang kata RM50 juta. Saya tak rasa orang ramai percaya tuduhan pelik
seperti itu. Bukan senang nak simpan wang sebegitu banyak di rumah dan
di bank.
“Saya juga mencabar individu yang membuat tuduhan itu supaya
menunjukkan bukti. Setakat ini, mereka sekadar cakap sahaja dengan
harapan penyokong kami akan mempercayai mereka. Maaflah, tapi mereka
akan kecewa,” katanya.
Kenyataan Lajim mengenai SPRM mungkin sukar diterima penyokong sebuah
lagi parti tempatan, Parti Warisan Sabah, yang menyaksikan pemimpin
mereka disiasat agensi anti-rasuah itu.
Ia juga mungkin akan memarakkan perkelahian antara penyokong Gabungan
Sabah dan Warisan kerana kedua-dua pembangkang tu dituduh boneka BN.
Namun begitu, Lajim berkata Gabungan Sabah mahu meneruskan perbincangan dengan Warisan mengenai kerjasama pilihan raya.
FMT
No comments:
Post a Comment