Malaysiakini 17/10/17
Penganjur Himpunan Antikleptokrasi membuat laporan polis kerana
mendakwa telefon mereka digodam sebelum himpunan itu berlangsung Sabtu
lalu.
Timbalan pengarah sekretariat himpunan Howard Lee mendakwa, ada dua pesanan ringkas dengan nada mengancam telah dihantar secara rawak daripada nombor telefon milik anggota sekretariat himpunan, Madeline Chang dan Chin Pei Chi.
Katanya, salah satu pesanan itu bertulis "We want your money, f*** you" (kami mahu wang anda), sementara satu lagi bertulis "We have your picture, pay me money" (kami ada gambar anda, anda perlu bayar saya).
Chang dan Chin hanya menyedari perkara itu selepas mereka mula menerima panggilan telefon dan pesanan yang membalas pesanan yang dihantar dari nombor telefon mereka sehari sebelum himpunan berlangsung.
Kedua-duanya menafikan ada menghantar dua pesanan itu.
"(Seolah-olah) ia berlaku selepas mereka menghantar kenyataan media berkenaan himpunan (kepada pihak media) melalui telefon mereka.
"Apa yang terjadi menunjukkan berlakunya 'penyamaran', menggunakan nombor telefon orang lain untuk menghantar pesanan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Chang telah membuat laporan polis pada malam insiden berlaku, tetapi Chin membuat laporan yang "lebih terperinci" pada pukul empat petang tadi di Balai Polis Pudu selepas melihat polis lambat bertindak, kata Lee lagi.
Chin ditemani peguam Quratulain Atiqah dan Konstabel Anas Taufiq Abd Halim menerima laporan itu.
Laporan itu juga ditunjukkan kepada Malaysiakini.
"Penyamaran jenis ini sebelum ini disasarkan kepada pemimpin politik, tetapi kini ia digunakan terhadap sukarelawan dan kakitangan himpunan.
"Ini satu pencerobohan terhadap ruang peribadi mereka. Selaku timbalan pengarah sekretariat, saya bersolidariti dengan mereka," kata Lee.

No comments:
Post a Comment