Ia berikutan paras air laut naik sehingga 5.5m.
SHAH ALAM: Air laut diramal berada di paras tertinggi sehingga 5.5
meter di perairan Selangor pada Jumaat ini (6 Okt) sehingga Isnin depan
(9 Okt) , menurut Unit Pengurusan Bencana Selangor.
Unit berkenaan dalam kenyataan di sini hari ini berkata kerajaan
negeri mengarahkan daerah-daerah berisiko antaranya Kuala Langat, Klang,
Kuala Selangor dan Sabak Bernam untuk membuat persediaan bagi
menghadapi kemungkinan bencana banjir.
“Sebanyak 23 pusat pemindahan mangsa banjir disediakan di daerah-daerah berisiko banjir.
“Kerajaan Selangor menasihatkan penduduk di kawasan berisiko dapat
mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengambil langkah persediaan
antaranya mendaftar dan berpindah ke pusat pemindahan berdekatan yang
disediakan,” kata unit berkenaan.
Kenyataan itu juga menyebut, semua pusat pemindahan akan mula dibuka pada Khamis, 2 petang. FMT
No comments:
Post a Comment