Saturday, December 23, 2017

Akhirnya BERSATU tetapkan AGM 30 Disember

 Selepas tertangguh untuk beberapa tempoh dan perbincangan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akhirnya akan mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) pertamanya pada 30 Disember ini.

Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan ia akan diadakan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di Shah Alam, Selangor.
"Tarikh AGM ini telah ditetapkan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi selaras dengan Fasal 12.1 Perlembagaan BERSATU," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti di Petaling Jaya, hari ini.

AGM itu akan dihadiri pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi serta 990 perwakilan daripada 137 bahagian.
Terdahulu, Ketua Pengarah ROS Surayati Ibrahim memberi amaran parti itu mungkin dilarang bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang jika gagal menjalankan AGM parti.

Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata, tidak munasabah untuk mengarahkan parti itu mengadakan AGM dalam tempoh tidak sampai setahun didaftarkan secara rasmi.

Sementara itu, Mukhriz berkata, wakil BERSATU telah mengadakan pertemuan dengan Surayati pada 21 November lalu bagi mendapatkan nasihat berkenaan kaedah mengadakan AGM parti itu.
Ketika pertemuan itu, katanya lagi, BERSATU memberitahu ROS yang tarikh paling awal Bahagian-bahagian BERSATU mendapat sijil pendaftaran penubuhan daripada ROS adalah 24 Julai 2017.

"Ini bermakna semua bahagian BERSATU di seluruh negara masih belum cukup tempoh setahun penubuhan dan menurut perlembagaan parti masih belum boleh mengadakan persidangan bahagian masing-masing," katanya.
Namun Mukhriz mendakwa ROS tidak memberikan cadangan atau pandangan kepada parti itu, tetapi meminta mereka sendiri mengemukakan candangan tentang kaedah pelaksanaan mesyuarat itu.

Mukhriz juga mendakwa ROS telah bersetuju untuk mengaturkan pertemuan dengan penasihat perundangan Kementerian Dalam Negeri dan BERSATU untuk membincangkan cadangan parti itu.

BERSATU juga menghantar surat kepada Surayati berhubung cadangan mereka dan mengadakan susulan dengan pejabatnya untuk menentukan tarikh pertemuan itu, katanya lagi.

"Malangnya, kami tidak menerima sebarang maklum balas rasmi daripada ROS berkenaan tarikh pertemuan dan juga cadangan pelaksanaan AGM seperti yang dikemukakan dalam surat bertarikh 23 November.
"Sebaliknya pada 25 November, ketua pengarah ROS dalam sidang media menyatakan cadangan BERSATU bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan parti," katanya lagi.

ROS akhirnya memberikan maklum balas dalam surat bertarikh 19 Disember, dengan mengatakan parti itu perlu mengadakan AGM berdasarkan kaedah yang ditetapkan dalam perlembagaannya.
"Justeru dengan maklum balas ini, kami berpendapat ROS tiada halangan terhadap AGM BERSATU yang akan diadakan nanti, dan ia selaras dengan kehendak Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan parti," katanya lagi.

BERSATU dijangka membentangkan laporan tahunan dan perwakilan akan mendengar ucapan presiden serta ucapan dasar pengerusi.
Ucapan menyokong ucapan dasar pengerusi akan disampaikan ketua pemuda manakala ucapan menyokong cadangan itu akan disampaikan ketua srikandi.

3 comments:

  1. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14f5

    ReplyDelete
  2. ayo bergabung diajoqq , silakan coba keberuntungan anda disini dan menangkan ratusan juta rupiah,hadiah menantikan
    anda silakan bergabung invite pin bb#58cd292c

    ReplyDelete
  3. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14f5

    ReplyDelete