Konflik antarabangsa di Baitulmaqdis adalah isu
politik dan langkah terbaik menyelesakan kekacauan itu melalui tindakan
diplomatik, kata Brig Jen (B) Datuk Mohd Arshad Raji.
PETALING
JAYA: Seorang bekas pegawai kanan tentera membidas Menteri Pertahanan
Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang menyeru Malaysia bersiap sedia untuk
menghantar askar ke Baitulmaqdis ekoran pengisytiharaan Amerika
Syarikat memperakui kota itu sebagai ibu negara Israel.
Bernama melaporkan naib presiden Umno berkata negara harus bersedia hadapi sebarang kemungkinan.
“Sebagai menteri pertahanan, saya yakin kita akan laksanakan sebarang
perintah daripada komander tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, Yang
di-Pertuan Agong Sultan Muhammad Ke-5.
“Ketua Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja
Mohamed Noor dan askarnya sememangnya bersedia,” kata Hishammuddin lapor
Bernama.
Brig Jen (B) Datuk Mohd Arshad Raji bagaimanapun menyifatkan langkah
itu “tidak bijak” kerana pertama sekali situasi berbangkit bukan isu
ketenteraan.
“Konflik antarabangsa di Baitulmaqdis adalah isu politik. Langkah
terbaik adalah membenarkan diplomasi menyelesaikan kekacauan sejarah
ini. Jika diplomasi gagal, tindakan berikutnya boleh dalam bentuk
kecaman masyarakat antarabangsa.
“Mengisytiharkan secara membuta tuli bahawa kita boleh sediakan pasukan tentera adalah tindakan kurang bijak,” katanya.
Timbalan komander Briged ke-5 tentera darat di Sabah itu turut
selanjutnya mempersoalkan kenyataan Hishammuddin tentang “misi yang
masih bersifat misteri buat masa ini”.
“Setakat ini, tiada satu kenyataan pun dibuat oleh pimpinan ATM
mengenai penghantaran tentera ke Baitulmaqdis, atau sekurang-kurangnya
mengesahkan pengumuman oleh menteri pertahanan,” katanya.
Arshad mengambil sikap berhati-hati tentang mengatur gerakkan tentera
Malaysia ke luar negara, terutamanya ke Baitulmaqdis yang merupakan zon
konflik antara Palestin dan Israel.
“ATM pernah menghantar pasukan tentera ke luar negara tetapi dalam
misi yang diluluskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(UNSC).
“Berhubung kes Baitulmaqdis, keputusan presiden AS mengiktiraf, sama
ada secara langsung atau tidak, bandar yang dipertikaikan sebagai ibu
negara Israel adalah bersifat unilateral (sebelah pihak).
“Ia tidak diiktiraf oleh PBB dan oleh itu, Baitulmaqdis kekal sebagai wilayah Palestin secara sah.”
Arshad berkata menteri perlu menjawab beberapa persoalan yang timbul.
“Pasukan tenterea kita akan diletakkan di bawah pemerintahan siapa?
Apakah tahap kekuatan yang diperlukan untuk misi seperti itu, dan
bagaimana angkatan itu akan distrukturkan?
“Pihak berkuasa manakah yang akan membuat keputusan muktamad untuk
mengatur gerakkan pasukan tentera kita dalam misi yang tidak diiktiraf
UNSC ini?” soalnya.
Beliau juga mempersoalkan sama ada pihak yang meluluskan akan
bertanggungjawab sepenuhnya kerana meletakkan pasukan tentera di tempat
bahaya dan nahas yang akan dialami.
Arshad juga menyoal jika kerajaan akan bawa isu ini ke Parlimen untuk dibahaskan.
“Walau apa sebab sekalipun kerajaan perlu menghantar pasukan tentera
kita untuk berkhidmat di zon konflik di medan yang asing buat mereka,
ianya harus difikir dan dipertimbangkan secara serius.”
ayo bergabung diajoqq , silakan coba keberuntungan anda disini dan menangkan ratusan juta rupiah,hadiah menantikan
ReplyDeleteanda silakan bergabung invite pin bb#58cd292c
ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
ReplyDeletepin bb#58ab14f5