Hasil pemeriksaan doktor ke atas 2 beradik mangsa berusia 3 dan 5 tahun juga menemui kesan penderaan lama.
PETALING
JAYA: Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan mengalami kerosakan buah
pinggang akibat dihempas ke lantai dan ditumbuk teman lelaki ibunya yang
tidak tahan dengan tangisan mangsa, kata ketua polis daerah Kajang.
Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff dipetik Berita Harian
berkata, hasil pemeriksaan doktor mendapati buah pinggang bayi itu gagal
berfungsi akibat didera suspek berusia 25 tahun yang mengaku menggigit
telinga, menumbuk dan menghempas mangsa ke lantai.
Katanya, hasil pemeriksaan doktor ke atas 2 beradik mangsa juga menemui kesan penderaan lama.
“Kita dapati suspek berbohong ketika tampil membuat laporan
memaklumkan mangsa dan 2 lagi anak teman wanitanya masing-masing berusia
5 dan 3 tahun dijaga pengasuh.
“Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengambil keterangan ibu
mangsa, sama ada dia turut terbabit dalam kejadian itu,” katanya pada
sidang media semalam.
Sabtu lalu, polis menahan wanita berusia 21 tahun dan teman lelakinya
di Ampang dan Kajang kerana dipercayai mendera bayi itu yang muntah
serta lampinnya mempunyai kesan darah.
Dua suspek itu ketika disoal siasat polis menipu mangsa dijaga
pengasuh, bagaimanapun hasil siasatan mendapati mereka langsung tidak
mengambil pengasuh.
ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
ReplyDeletepin bb#58ab14f5