(Ubah saiz teks)
KUALA TERENGGANU - Bersatu Terengganu membuat laporan polis bagi
mendesak pihak berkuasa menyiasat ‘kehilangan’ wang sebanyak RM161
bilion berikutan dakwaan kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) antara
tahun 2013 hingga 2015.
Pengerusinya, Datuk Razali Idris berkata, kehilangan tersebut yang
didedahkan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad perlu diberi
perhatian oleh pihak berkuasa bagi menyiasat samada berlaku sebarang
salah guna kuasa atau penyelewengan oleh mana-mana pihak di dalam
pengurusan rezab tersebut.
“Bersatu Terengganu memandang serius kedudukan rezab antarabangsa
Malaysia yang jelas boleh mendatangkan kesan buruk kepada ekonomi
Malaysia.
“Kita harap pihak kerajaan tidak boleh memandangkan remeh tentang
kehilangan wang sebesar itu,” katanya kepada Sinar Harian selepas
membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, di
sini, hari ini.
Beliau turut memberitahu Bersatu bahagian Kuala Nerus dan Kemaman juga
turut membuat laporan polis mengenai perkara yang sama petang tadi.
Mengulas lanjut, sekiranya kerugiaan dalam urus niaga perdagangan asing
(forex) yang berlaku 30 tahun lalu ketika di zaman Mahathir diselongkar
kembali pihak berkuasa, beliau tidak menolak siasatan terhadap kerugian
yang berlaku antara 2013 hingga 2015 bukanlah perkara yang sukar.
Jelasnya, ia adalah perkara yang besar kepada rakyat memandangkan
kerugian tersebut adalah tujuh kali ganda lebih tinggi daripada dagangan
Forex yang telah pun menjalani siasatan melalui Suruhanjaya Siasatan
Diraja (RCI).
“Apakah dengan kerugian tujuh kali ganda ini, kerajaan akan berdiam
diri? Bersatu Terengganu turut mencadangkan agar kerugian yang berlaku
tiga tahun kebelakangan ini disiasat dengan mendalam dan jika perlu,
tubuhkan RCI untuk menyiasat kekurangan hasil negara ini,” katanya.
Beliau turut berharap siasatan dapat dilakukan secara menyeluruh dan
bukan hanya menyelongkar isu-isu ketika di zaman Mahathir seolah-olah
sengaja mahu memalukan bekas Perdana Menteri itu; bekas Menteri
Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Penasihat BNM, Tan Sri Nor
Mohamed Yakcop.
“Adalah pelik apabila kerajaan lebih berminat dengan hal yang terjadi
30 tahun lalu tapi gagal bertindak terhadap kerugian dan kesusutan rizab
negara sejak tiga tahun lalu.
“Kami amat yakin Polis Diraja Malaysia mampu menyiasat dan membuat
cadangan-cadangan bernas ke arah membawa mereka yang bertanggungjawab ke
muka pengadilan,” katanya.
Dalam masa sama, beliau turut meminta PDRM menyiasat samada benar rezab
BNM tersebut digunakan bagi mempertahankan mata wang ringgit daripada
jatuh merudum memandangkan ia menjadi kebimbangan rakyat, peniaga dan
ahli ekonomi dalam dan luar negara ketika ini.
ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
ReplyDeletepin bb#58ab14f5
ayo bergabung diajoqq , silakan coba keberuntungan anda disini dan menangkan ratusan juta rupiah,hadiah menantikan
ReplyDeleteanda silakan bergabung invite pin bb#58cd292c