(Ubah saiz teks)
BESUT - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam
(Cuepacs) meminta kerajaan menimbangkan dua perkara sebagai usaha
meringankan beban lebih 1.6 juta penjawat awam dalam menghadapi kos sara
hidup yang semakin meningkat.
Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, pihaknya menjangka cabaran
lebih berat bakal dihadapi penjawat awam tahun depan berikutan kos sara
hidup yang semakin meningkat dan terpaksa ditampung dengan pendapatan
bulanan mereka yang kecil.
Katanya, walaupun kerajaan memberi sedikit insentif yang dibayar mulai
Januari depan, ia didapati tidak dapat meredakan kesempitan hidup
kakitangan awam untuk jangka masa panjang, malah hanya berfungsi untuk
tempoh yang pendek sahaja.
Justeru, Azih menambah, Cuepacs mencadangkan kerajaan mempertimbangkan
agar setiap kakitangan awam diberi insentif satu kenaikan gaji tahunan
yang didahulukan tanpa memansuhkan kenaikan gaji tahunan yang mereka
dapat pada tahun yang berkenaan.
“Cadangan memberi satu kenaikan gaji ini perlu bagi menyeimbangkan
kedudukan penjawat awam di peringkat persekutuan dengan negeri-negeri
yang kini majoritinya mendapat amaun yang berbeza dalam gaji bulanan
mereka,” kata Azih kepada media selepas merasmikan penutupan Kursus
Kepimpinan Cuepacs Negeri Kelantan di Institut Latihan Islam Wilayah
Timur (ILIM) di sini hari ini.
Selain itu, Azih berkata, Cuepacs juga meminta kerajaan agar
menimbangkan perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial
(Perkeso) kepada setiap penjawat awam di peringkat negeri terdiri
daripada kakitangan badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan.
Katanya buat masa ini kakitangan awam yang berkhidmat dalam sektor
peringkat negeri tidak mempunyai perlindungan berbanding kakitangan
peringkat persekutuan yang dilindungi skim ex-gratia dalam menghadapi
bencana ketika bekerja.
Azih menambah walaupun kerajaan terpaksa mengeluarkan sedikit
perbelanjaan jika meletakkan mereka di bawah Skim Perkeso, namun ia akan
dapat membantu penjawat awam peringkat negeri dan keluarga mereka
sekiranya ditimpa bencana ketika bekerja. - Bernama
Dah le kene cukai LHDN..GST lagi..em kesian kakitangan gomen.
ReplyDeleteayo bergabung diajoqq , silakan coba keberuntungan anda disini dan menangkan ratusan juta rupiah,hadiah menantikan
ReplyDeleteanda silakan bergabung invite pin bb#58cd292c
ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
ReplyDeletepin bb#58ab14f5