Penasihat G25, Sheriff Kassim berkata, penyalahgunaan
kuasa, rasuah dan ketidakadilan akan berlaku jika isu semasa
dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai.
KUALA
LUMPUR: Kumpulan bekas penjawat kanan Melayu G25 berkata, media tidak
sepatutnya disasarkan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas untuk
melaporkan isu semasa kepada orang ramai.
“Media sepatutnya bebas melapor dan menyuarakan pandangan mereka
kepada masyarakat dan tidak patut ada sebarang cubaan untuk mengongkong
media.
“Sudah sampai masanya untuk kerajaan sedar kebebasan maklumat dan
debat terbuka penting bukan sahaja demi demokrasi sihat, tetapi juga
ekonomi yang sihat,” kata Penasihat G25, Tan Sri Sheriff Kassim selepas
melancarkan laporan “Pengukuhan Keyakinan Ekonomi di Malaysia” hari ini.
Sheriff mengulas gesaan seorang perwakilan Umno Pulau Pinang supaya
pihak berkuasa menyiasat portal berita The Malaysian Insight (TMI)
kerana laporan mereka yang didakwa menghina pemimpin negara.
Mohd Nashrol Hisham Abdullah dari Umno Bahagian Tasek Gelugor
berkata, carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menemui nama
pengarah syarikat tersebut.
“Ada satu portal yang hina pemimpin kita, yang hina kerajaan kita,
yang menyerang pemimpin kita, perdana menteri kita, presiden kita.
“Pihak berwajib jangan bagi ini berlaku, cari sampai lubang cacing.
Jangan biar perkara ini berlaku kerana hina pemimpin kita,” katanya.
Sheriff yang pernah menjadi ketua setiausaha Kementerian Kewangan
sehingga 1994 berkata, orang ramai yang menderita jika mereka dinafikan
maklumat.
“Apabila mereka dirahsiakan daripada isu semasa, itu yang akan menyebabkan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan ketidakadilan.
“Malah, pelabur amat bimbang jika isu semasa disembunyikan,” katanya
sambil menambah isu semasa perlu dibincangkan secara terbuka untuk
mencari penyelesaian.
ayo bergabung diajoqq , silakan coba keberuntungan anda disini dan menangkan ratusan juta rupiah,hadiah menantikan
ReplyDeleteanda silakan bergabung invite pin bb#58cd292c
ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
ReplyDeletepin bb#58ab14f5