Ketua Umno Permatang Pauh berkata tindak tanduk Jamal Yunos perlu dianggap sebagai pendirian individu.
KUALA
LUMPUR: Ketua Umno Permatang Pauh hari ini mempersoalkan tindak tanduk
rakan sejawatnya dari Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, sambil
menggesa pimpinan tidak menanggap beliau sebagai mewakili pendirian
parti.
Datuk Mohd Zaidi Said berkata segala tindakan Jamal yang terkenal
dengan pelbagai demonstrasi kreatif menyerang pimpinan Pakatan Harapan,
perlu dilihat sebagai perbuatannya sendiri.
“Kalau semua Jamal buat itu dianggap sikap ketua Umno bahagian, itu
menyekat kebebasan kita bertindak kepada pelampau-pelampau. Kita tidak
buat macam tu, tetapi biarlah Jamal sahaja buat macam itu,” kata Zaidi
dalam usul menyokong ucapan dasar yang disampaikan Presiden Umno, Datuk
Seri Najib Razak di perhimpunan agung parti itu hari ini.
Dalam demonstrasi terbaharu Jamal, pemimpin Baju Merah itu membakar
patung Datuk Zaid Ibrahim, menuduh bekas menteri di Jabatan Perdana
Menteri itu menghina Sultan Selangor.
Jamal juga beberapa kali mengadakan protes dan gangguan di bangunan
kerajaan negeri Selangor di Shah Alam, termasuk aksinya yang bertuala
membawa gayung sebagai simbolik membantah masalah air di negeri itu
tidak lama dulu.
Zaidi berkata apabila tindakan Jamal dianggap tidak mewakili parti,
Jamal bebas meneruskan perjuangan “gila” dalam menentang pentadbiran
kerajaan di Selangor.
Beliau turut mempersoalkan pembangkang yang tidak konsisten ketika menyalahkan Umno disebabkan tindakan seseorang individu.
“Apabila terkena kepada pembangkang, mereka kata itu tindakan
individu bukannya mewakili parti. Bila kena pada pemimpin Umno yang
tersalah cakap, dikatakan sebagai tindakan parti, bukannya individu.
“Ini tidak adil. Namun saya mahu Jamal teruskan perjuangan gila dia (Jamal) itu untuk memastikan Selangor berjaya,” katanya
FMT
No comments:
Post a Comment