(Ubah saiz teks)
PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) akan mencari calon terbaik bagi
menggantikan pengurus pasukan Kedah, Datuk Jeffery Low Han Chow yang
dikatakan berhasrat untuk melepaskan jawatannya, baru-baru ini.
Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah memberi jaminan calon
berkenaan bukan dalam kalangan ahli politik, sebaliknya mereka yang
berpengalaman dalam bola sepak tanah air dan pemilihan dilakukan
sepenuhnya oleh pengurusan tertinggi KFA.
“Dia (Jeffery) berhasrat nak lepaskan jawatan bukan marah pada
sesiapa, tetapi nak memberi tumpuan kepada perniagaannya, namun belum
ada surat rasmi diberikan. Kita masih berbincang dengannya dan belum ada
keputusan dibuat,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program
Bersama Rakyat di Taman Sri Indah, Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung
Batin, di sini, hari ini.
Ahmad Bashah, bagaimanapun berkata jika Jeffery meletak jawatan, KFA
tiada pilihan lain dan perlu mencari pengurus pasukan baharu skuad Lang
Merah agar tidak menjejaskan pasukan dan juga harapan penyokong untuk
melihat pasukan berkenaan lebih cemerlang pada musim akan datang.
Beliau berkata KFA mempunyai mekanisme terbaik untuk memilih pengurus
pasukan yang sesuai bagi menggalas tanggungjawab diamanahkan itu.
“Setakat ini kita belum ada senarai calon kerana masih menumpukan soal
berkaitan Ketua Jurulatih Ramon Marcote Pequeno yang baharu
menandatangani kontrak selama setahun bersama pasukan Lang Merah,”
katanya.
Mengulas kononnya Setiausaha Politiknya, Datuk Shaiful Hazizy Zainal
Abidin adalah calon bagi mengisi jawatan berkenaan, Ahmad Bashah
berkata perkara tersebut hanya spekulasi.
“Itu viral..ikut depa (mereka)...suka viral siapa-siapa orang politik,
orang korporat..itu semua saya tidak pakai dan keputusan akan dibuat
oleh pengurusan KFA. Sehingga kini tiada calon yang didakwa datang
bincang dengan saya..nasib baik bukan nama saya yang disebut jadi
pengurus pasukan,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Jeffrey berhasrat melepaskan jawatan
disandangnya itu sejak 2012 untuk memberi tumpuan di peringkat
kebangsaan sebagai Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi
program pembangunan, selain fokus terhadap perniagaan diceburinya
selama ini.
Isu peletakan jawatan itu adalah kali kedua dilakukan Jeffrey selepas
permohonan kali pertama pada awal 2015 ditolak pengurusan tertinggi KFA.
Jeffrey mula mengambil alih jawatan pengurus pasukan Kedah pada 2012 daripada Datuk Khazali Din. - Bernama
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
Deleteayo bergabung diajoqq , silakan coba keberuntungan anda disini dan menangkan ratusan juta rupiah,hadiah menantikan
ReplyDeleteanda silakan bergabung invite pin bb#58cd292c