(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Persidangan Agung Umno 2017 hanya menjadi medan memburukkan Pakatan Harapan.
Ketua Penerangan Wanita Pakatan Harapan, Aiman Athirah Al-Jundi
berkata, Umno sudah kehabisan modal menjadikan platform persidangan itu
sebagai talian hayat meyakinkan ahli bahawa parti itu masih terbaik.
Menurutnya, adalah sangat malang, ruang dan platform yang sebesar,
malah sepenting perhimpunan agung itu seharusnya dimanfaatkan untuk
muhasabah jujur pentadbiran Umno selama lebih 60 tahun, tetapi akhirnya
dijadikan acara setaraf gosip, mencerca termasuk meratibkan 'doa-doa
laknat' kepada lawan politik.
“Jelas Umno terus mengamalkan politik ampu dan kipas sehingga
menenggelamkan realiti sosio-ekonomi negara yang semakin rosak dan
merudum teruk.
"Dengan kos hidup rakyat yang semakin meningkat, nilai mata wang
ringgit Malaysia yang terus jatuh, subsidi rakyat yang dirampas, peluang
pekerjaan tidak diurus baik, harta kekayaan negara yang terus dirompak
oleh rejim kleptokrasi
“Lebih teruk apabila perhimpunan kali ini akhirnya menjadi medan
mengkritik, memalukan dan merendah-rendahkan tahap intelektual rakyat,
khususnya dalam kalangan artis tanah air,” katanya, semalam.
ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
ReplyDeletepin bb#58ab14f5