(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM – Malaysia mengamalkan dasar terbuka dan membenarkan sesiapa sahaja melontarkan pandangan isu semasa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, perkara itu tidak ada salahnya.
“Sesiapa sahaja ada hak nak bercakap, tapi dah cakap kenalah bersedia
dikritik semula. Politik ni bukan ‘jalan sehala’,” katanya yang dipetik
dari status Twitternya, hari ini.
Beliau berkata lagi, di sesetengah negara, akan ada ramai ahli politik yang pada asalnya orang seni.
“Tapi, mereka bukannya terus jadi ahli politik, tapi ambil masa bertahun-tahun untuk betul-betul faham.
“Mereka hadir ke mana-mana konvensyen, bual bicara, dan hanya memberi
pendapat hanya sekali-sekala tetapi pendapat itu benar-benar
meninggalkan kesan kepada pembaca,” tulisnya lagi.
Namun katanya, perkara itu sama sekali tidak berlaku pada selebriti di Malaysia.
“Selebriti di sini, trauma apabila dikritik netizen. Ada juga yang
mudah bersama parti pembangkang. Inilah politik Malaysia,” katanya lagi.
Terdahulu, beberapa selebriti tempatan yang memuat naik status di laman sosial masing-masing yang menghentam kerajaan.
Antaranya Datuk Sheila Majid, Adibah Noor dan Nur Fathia Latiff.
Ketiga-tiganya lantang menyuarakan pendapat mengenai keadaan ekonomi semasa yang menyebabkan rakyat hidup terbeban.
ayo bergabung diajoqq , silakan coba keberuntungan anda disini dan menangkan ratusan juta rupiah,hadiah menantikan
ReplyDeleteanda silakan bergabung invite pin bb#58cd292c
ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
ReplyDeletepin bb#58ab14f5