Tuesday, January 2, 2018

Oang ramai dipelawa tender kereta terpakai Kastam Perlis


 1/1/18 Malaysiakini
Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Perlis menawarkan lapan kenderaan miliknya dalam keadaan ‘seadanya’ untuk ditender termasuk sebuah yang dijual sebagai skrap kepada orang ramai.

Pengarahnya, Wan Nor Wan Mamat berkata kenderaan tersebut ialah dua Isuzu Trooper, dua Honda Accord dan masing-masing sebuah Honda CRV, Honda Stream dan Mitsubishi Pajero manakala yang dijual sebagai skrap ialah Peugeot 405 SRI.

“Harga rizab kenderaan-kenderaan ini ialah RM300 hingga RM6,000. Tender mestilah menggunakan borang sebut harga yang boleh diperoleh percuma di Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia/Kewangan dan Perolehan Ibu pejabat Kastam Perlis di Jalan Kampung Pondok di Kangar.

Setiap tender hendaklah disertakan deposit sebanyak lima peratus daripada harga tawaran kecuali yang dijual skrap dan dibuat menggunakan draf bank atau cek jurubank atas nama Pengarah Kastam Negeri,” kata Wan Nor dalam kenyataan kepada Bernama di sini, hari ini.

Menurutnya tawaran itu dibuka pada 26 Disember lepas dan akan ditutup pada 17 Januari ini. Maklumat lanjut boleh dibuat dengan menghubungi talian nombor 04-9761420.

Kenderaan-kenderaan berkenaan boleh dilihat di Kompleks Kastam Negeri di Kangar, Pejabat Cawangan Penguatkuasaan Padang Besar dan Kuala Perlis pada hari bekerja dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari dan 2.30 hingga 4 petang, katanya. -Bernama

2 comments:

  1. ayo bergabung diajoqq , silakan coba keberuntungan anda disini dan menangkan ratusan juta rupiah,hadiah menantikan
    anda silakan bergabung invite pin bb#58cd292c

    ReplyDelete
  2. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14f5

    ReplyDelete