Sunday, January 28, 2018

Parlimen tergantung boleh berlaku

Sinar
Tengku Razaleigh Hamzah
Tengku Razaleigh Hamzah
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Situasi hung parliament (Parlimen tergantung) tidak mustahil boleh berlaku apabila Dewan Rakyat terbahagi dua dengan bilangan kerusi sama.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, situasi itu jika berlaku ia menunjukkan rakyat sebenarnya mahukan kerajaan perpaduan nasional.

"Ini bermakna pengundi tidak mahu memilih kerajaan semasa untuk terus memerintah. Tetapi mereka juga tidak mahu memindahkan kuasa kepada kumpulan campuran yang menawarkan pilihan alternatif.

"Ini juga mencerminkan kehendak pengundi yang mahu kerajaan padu dan tidak berbelah bagi serta terdiri daripada kesemua pihak berkepentingan politik," katanya ketika berucap di Forum Awam G25, hari ini.
Menurut beliau, sekiranya Parlimen tergantung berlaku, semua parti harus bersama bagi membolehkan badan eksekutif dipimpin seorang ahli politik yang diterima oleh kedua-dua pihak di Dewan Rakyat.

"Memandangkan kedudukan ekonomi nasional semasa sangat tenat, ahli Parlimen yang dipilih hendaklah mempunyai rekod cemerlang. Perlu diingatkan, membeli ahli Parlimen untuk membentuk majoriti mudah adalah satu penghinaan terhadap pengundi.

"Sekiranya mereka mahu sesebuah parti tertentu membentuk kerajaan, sudah tentu mereka mengundi parti tersebut dengan sekurang-kurangnya majoriti mudah," katanya.

No comments:

Post a Comment