Penganalisis politik berkata, sukar untuk PAS yang
berjuang bersendirian merampas kerusi Parlimen di negeri lain di luar
Kelantan dan Terengganu kerana komposisi demografi berbeza.
PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik meramalkan PAS tidak
dapat memenangi lebih banyak kerusi di seluruh negara berbanding kerusi
bermajoriti Melayu yang dimenanginya selama ini, khasnya di Kelantan dan
Terengganu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Prof Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia berkata,
kubu kuat parti Islam itu berada di pantai timur, di mana lebih 80%
daripada pengundinya terdiri daripada orang Melayu.
Oleh itu, sukar untuk parti itu menjangkau pengundi di negeri lain yang mempunyai pengundi berbilang kaum.
“Bagi PAS, kekuatan akar umbinya terletak kepada orang Melayu di
utara dan bahagian timur utara Semenanjung Malaysia, khasnya di kawasan
luar bandar.
“Parti itu memaparkan cara Islam untuk menarik perhatian orang Melayu
di kawasan berkenaan. Ini permainan mereka sejak permulaan, jadi sukar
untuk mereka bertanding di peringkat nasional,” katanya kepada FMT.
PAS memerintah Kelantan mulai 1959 hingga 1977 dan sejak 1990
sehingga kini, manakala Terengganu pula dari 1959 hingga 1962 dan 1999
hingga 2004.
Ia turut mengetuai kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Kedah dari 2008 hingga 2013.
Ketika pilihan raya umum lalu pada Mei 2013, parti itu berjaya
memenangi kerusi Parlimen di 6 negeri. Ia memenangi 9 kerusi di
Kelantan, masing-masing 4 di Terengganu dan Selangor, 2 di Perak dan
masing-masing 1 di Kedah serta Pahang.
Fauzi berkata, untuk berjaya di peringkat nasional, sesebuah parti
politik itu perlu mengambil kira kepentingan masyarakat majmuk di
Malaysia.
Katanya, mana-mana parti yang berhasrat memerintah di peringkat
persekutuan, bukan hanya di peringkat negeri, perlu menjadi sebahagian
daripada sebuah gabungan yang mewakili pengundi berbilang kaum.
“Jika anda tidak berada dalam gabungan yang terdiri daripada orang
berbilang kaum, maka anda perlu mengehadkan diri kepada kubu kuat anda.
Kejayaan pilihan raya tidak boleh dicapai secara bersendirian.
“Jika PAS hendak memperluaskan pengaruhnya melangkaui orang Melayu,
maka beberapa bentuk perjanjian politik perlu dicapai,” katanya.
Fauzi berkata, PAS perlu mengumpul pendapat daripada NGO berasaskan
penyelidikan atau badan pemikir, jika ia mahu melebarkan sayapnya ke
negeri lain yang bukan sebahagian daripada kubu kuatnya.
Beliau mempersoalkan jika parti itu sudah melakukan kajian
profesional diperlukan, yang berbeza daripada kenyataan rambang yang
disiarkan media.
“Jika PAS tidak mendapatkan data berasaskan kajian yang memberikan maklumat itu, ia adalah sukar (untuk mereka).”
Katanya, PAS juga perlu menunjukkan pemimpinnya ialah pemikir
berwibawa yang boleh menterjemahkan visi politik Islam mereka sebagai
realiti baik yang mampu menarik perhatian rakyat berbilang bangsa dan
agama. FMT
ayo bergabung diajoqq , silakan coba keberuntungan anda disini dan menangkan ratusan juta rupiah,hadiah menantikan
ReplyDeleteanda silakan bergabung invite pin bb#58cd292c
ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
ReplyDeletepin bb#58ab14f5