(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir keputusan pengguguran
isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai penaung kepada
Persatuan Tenis Kerusi Roda Malaysia, dengan menganggap keputusan itu
bakal memberi kelebihan kepada kerajaan BN.
Kata Pengerusi Pakatan Harapan itu, dengan pengguguran Siti Hasmah,
kerajaan BN dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak, akan berjaya mengekalkan kerajaan dalam PRU14 nanti.
"Saya percaya pengugurannya (Hasmah) akan beri kemenangan yang besar pada Najib dalam PRU14.
"Kerana Hasmah adalah orang yang cukup penting dalam politik Malaysia,
sehingga jadi penaung mana-mana pertubuhan begitu berkesan dalam
mempengaruhi keputusan rakyat dalam PRU akan datang," katanya sinis yang
dipetik menerusi Live Facebook Dr Mahathir Mohamad.
Tun Siti Hasmah yang sekian lama menjadi penaung kepada persatuan itu akhirnya digugurkan daripada jawatan itu.
Difahamkan Hasmah menerima makluman pengguguran itu menerusi sepucuk
surat yang dihantar ke pejabat beliau pada 22 Januari lalu.
Mengulas lanjut, Mahathir berkata, "Keputusan itu akan memberi kelegaan kepada Najib".
"Saya percaya Najib boleh tidur nyenyak kerana melakukan sesuatu yang amat penting," katanya
No comments:
Post a Comment