M Saravanan berkata Persatuan Tenis Kerusi Roda
Malaysia tidak memberitahunya tentang keputusan menggugurkan isteri Dr
Mahathir sebagai penaung.
PETALING
JAYA: Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M Saravanan tidak tahu
tentang resolusi Persatuan Tenis Kerusi Roda Malaysia (WTM) menggugurkan
isteri bekas perdana menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai
penaung.
Beliau berkata WTM tidak memberitahunya tentang keputusan
menggugurkan Siti Hasmah, 92, dan meminta FMT memeriksa perkara itu
dengan Menteri Khairy Jamaluddin.
“Kadang-kadang WTM tak bagi tahu pada saya, cuma maklumkan pada menteri sahaja,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Saravanan menambah pihaknya tidak tahu apakah ciri-ciri yang
dipertimbangkan oleh pihak persatuan dalam soal kelayakan seorang
penaung.
“Saya tak tahu apa dia punya syarat dalam persatuan itu,” katanya.
Beliau diminta mengulas pengguguran isteri Tun Dr Mahathir Mohamad
sebagai penaung WTM, selepas perkara itu dimaklumkan anak perempuannya,
Datin Marina Mahathir pagi tadi di Twitter.
“Kami terima surat daripada mereka baru-baru ini memaklumkan mereka
meluluskan resolusi meminta beliau berundur sebagai penaung. Beliau akan
akur,” kata Marina kepada FMT.
Seorang pembantu Siti Hasmah memaklumkan surat itu ditulis pada 28
Disember 2017 selepas pihak jawatankuasa meluluskan resolusi itu melalui
mesyuarat agung tahunan persatuan.
Bagaimanapun, surat itu mungkin diserahkan dengan tangan pada 22 Januari dan ditunjukkan pada Siti Hasmah keesokan hari, katanya
No comments:
Post a Comment