(Ubah saiz teks)
JELI - Umno Kelantan menyifatkan dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd
Amar Nik Abdullah bahawa parti itu dan Amanah menjalin kerjasama hanya
spekulasi menjelang PRU.
Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau tidak pernah
mengadakan pertemuan mahupun perbincangan tentang pakatan antara Umno
dengan mana-mana parti.
"Spekulasi sahaja, tak benar, saya tak pernah jumpa mana- mana
pemimpin, Pas atau Amanah untuk bincang pakatan antara Umno dengan
mana-mana parti pun.
"Dekat-dekat pilihan raya macam-macam sangkaan (timbul), kita dah biasa
dengan perkara ini. Kita orang lama dalam politik, dah matang dan faham
sangat dengan spekulasi dibawa," katanya kepada media ketika menghadiri
Jualan Muroh Ko Rakyat Jeli di sini, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pas dakwa Amanah dibiayai Umno]
Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata, Umno BN dari dulu hingga
kini tetap dengan pendiriannya menentang siapa sahaja yang menjadi lawan
pada pilihan raya.
"Apa yang lebih penting, dalam Umno kita tak berkongsi dengan sesiapa,
kita buat kerja, dan dari dulu sampai sekarang Umno BN akan bertanding
dengan sesiapa sahaja yang menjadi lawan di Kelantan.
Mohd Amar dalam satu kenyataan mengakui beliau mempunyai maklumat mengenai kerjasama antara Amanah dan Umno di Kelantan.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan mendedahkan, wujud
perbincangan antara pimpinan kedua-dua parti itu di Kelantan yang
bertujuan menjatuhkan Pas pada PRU14.
No comments:
Post a Comment