Foto: Reuters.
NEW DELHI – Seorang doktor bedah telah
mengundurkan diri dari posisinya di sebuah rumah sakit di New Delhi
kerana melakukan pembedahan pada kaki seorang pesakit
yang tidak sakit setelah tertukar dengan pesakit lain. Doktor itu tebuk lubang di kaki
kanan seorang pesakit berusia 50 tahun, Vijendra Tyagi, untuk memasukkan
pin sebelum menyedari dia membedah salah orang.
Tyagi dibawa ke Rumah Sakit Pemerintah, Pusat Trauma Sushruta di
New Delhi kerana cedera di kepala yang dialaminya dalam kecelakaan.
Tetapi dia salah dikenali sebagai pesakit lain yang menderita patah kaki,
dan menjalani pembedahan untuk memperbaiki patah tulang yang tidak dia
alami.
Pengawas di rumah sakit, Ajay Bahl mengatakan kepada AFP bahwa pesakit tersebut di bawah pengaruh anestesi dan tidak dapat memberitahu mengenai kesalahan tersebut.
Doktor yang namanya tidak disebutkan, telah dipecat dari jabatannya
di rumah sakit kerana kelalaiannya dan ditempatkan di fasiliti terpisah
di bawah pengawasan ketat seorang doktor senior.
"Doktor bedah itu menyedari kesalahannya dan melepas pin dalam
pembedahan perbaikan. Dia juga meminta maaf atas kesalahan itu tetapi kami
mengambil pengecualian kuat dan mengambil tindakan terhadapnya, " kata
Bahl sebagaimana dilansir AFP, Rabu (25/4/2018).
Menurut keterangan doktor, Tyagi dipulangkan dari rumah sakit
pada akhir minggu tetapi akan memerlukan satu minggu untuk benar-benar
pulih dari operasi kaki yang tidak perlu.
Laporan kelalaian perubatan, yang seringkali mengakibatkan kematian, terjadi secara luas di India.
Minggu lalu dua doktor ditangkap kerana kelalaian setelah dituduh
gagal mendiagnosis seorang fisioterapis berusia 51 tahun yang mengaku
menderita tekanan darah tinggi. Dia mengalami serangan jantung dan
meninggal.
Seminggu sebelum insiden itu, seorang wanita berusia 30 tahun
salah menjalani dialisis di Lembaga Ilmu Kesihatan India setelah
mengeluh sakit perut ringan. Doktor mencuba mengutak-atik dokumen untuk
menutupi kesalahan itu.
Pada Disember sebuah rumah sakit di New Delhi salah mendiagnosis
menyatakan sepasang kembar prematur meninggal meski salah satunya masih
hidup. Insiden ini menyebabkan kemarahan publik dan memaksa pemerintah
untuk menutup lembaga itu. Bayi itu meninggal di rumah sakit lain beberapa hari kemudian.
No comments:
Post a Comment