WAWANCARA | Pada tahun 2002, PAS
kehilangan Datuk Fadzil Noor, seorang pemimpin paling berpengaruh yang
memimpin parti Islam itu selama 13 tahun.
The New York Times pada masa itu menggambarkan Fadzil
sebagai individu sederhana apabila mengingatkan pemimpin beraliran keras
agar tidak memaksakan undang-undang Islam di negara berbilang kaum
seperti Malaysia.
Faiz Fadzil berharap dapat meneruskan kesederhanaan bapanya dengan
pencalonannya di kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Permatang
Pasir - meskipun di bawah bendera parti serpihan PAS, Parti Amanah
Negara (AMANAH).
Lulusan Universiti Islam Antarabangsa yang berumur 41 tahun dan
memiliki firma undang-undangnya sendiri itu berharap para pengundi dapat
menerimanya sebagai wakil mereka, walaupun beliau dilahirkan di Kedah.
"Saya berada di Permatang Pasir selama hampir dua tahun dan mempunyai
rumah di sini. Walaupun berasal dari Kedah, bukanlah tidak biasa bagi
orang Kedah untuk bertanding di sini," katanya.
Permatang Pasir terletak di kawasan Parlimen Permatang Pauh yang
sinonim dengan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
yang dipecat pada 1998.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment