27/4/18
PRU14 l Ahli pembankan terkemuka
Datuk Seri Nazir Razak berkata beliau tidak faham dengan keputusan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak memberi tauliah kepada
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk memanatu pilihan
raya umum 9 Mei ini.
Dalam catatan di Instagram yang dimuat naik hari ini, Nazir, yang
adalah adik kepada Perdana Menteri Sementara Datuk Seri Najib Razak,
berkata beliau berharap terdapat penjelasan yang baik di sebalik langkah
itu.
"Saya tidak faham ini dan harap ada penjelasan baik.
“Mesti ada usaha yang dilakukan untuk 1) menggalak dan membolehkan
semua orang mengundi dan 2) memastikan keyakinan rakyat terhadap proses
mengundi," tulisnya.
Sehingga jam 12.30 tengah hari, hantaran tersebut mendapat lebih 1,000 like dan lebih 70 komen.
Seperti
kebanyakan hantarannya di media sosial yang menyentuh isu-isu semasa,
ramai warga maya mencadangkan Nazir supaya secara peribadi menyampaikan
mesej berkenaan kepada abangnya.
Nazir merujuk kepada kenyataan Suhakam yang menyatakan bahawa mereka
telah gagal dalam usaha untuk menjadi pemantau pilihan raya.
Walaupun Suhakam berkata ia sukar memahami keputusan SPR untuk
mengecualikan mereka manakala pemerhati antarabangsa pula diundang
semasa proses mengundi itu, namun Suhakam berikrar akan tetap memantau
pilihan raya umum ke-14.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment