(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau
dikenali sebagai Mat Sabu mengakui pencabar sebenar yang mahu
ditumbangkannya pada PRU14 kali ini adalah calon BN bukannya calon dari
Pas.
Beliau yang mewakili Pakatan Harapan (Harapan) bagi Parlimen Kota Raja
berkata, pihaknya bertekad mahu menumbangkan calon BN, V Gunalan kali
ini.
"Kedua-dua calon dari BN dan Pas kali ini saya akui tidak mencabar kerana mereka saling bekerjasama.
"Namun sasaran saya tetap calon BN, jadi lawan yang betul saya mahu
lawan adalah BN bukannya Pas," katanya kepada Pemberita sebaik selesai
proses penamaan calon di Dewan MBSA Kemuning Utama, Seksyen 34, di sini
sebentar tadi.
Parlimen Kota Raja pada PRU14 kali ini akan memperlihatkan pertandingan
tiga penjuru, yang mana Mat Sabu akan berdepan dengan Yang Dipertua
(YDP) Pas Kawasan Kota Raja, Mohamed Diah Baharun (Pas) dan Ketua MIC
Bahagian Sepang, V Gunalan (BN).
Pada masa sama, bekas Timbalan Presiden Pas itu berkata, pertandingan
tiga penjuru di kerusi Parlimen kali ini akan memudahkan beliau mencapai
kemenangan.
"Tambahan lagi Harapan disokong oleh semua kaum, ia satu kelebihan
termasuk Kota Raja ini adalah kerusi campuran yang ketara, bukan
majoriti sesuatu kaum.
"Saya yakin saya akan menang bergaya, tiada masalah meskipun saya bukan calon anak tempatan," katanya.
No comments:
Post a Comment