Isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - Tun Dr
Siti Hasmah Ali, dilaporkan diminta supaya tidak hadir pada majlis
Anugerah Buku Negara 2018 di sebuah hotel di ibu negara, petang ini
Dalam surat bertarikh 24 April kepada Kumpulan Media Karangkraf Sdn
Bhd, Yayasan Pembangunan Buku Negara memaklumkan bahawa buku
autobiografi Siti Hasmah dinilai sebagai buku umum terbaik dalam
kategori itu.
Berjudul, "Nama Saya Hasmah", buku itu diterbitkan oleh Karangkraf.
Menurut
seorang pembantu Siti Hasmah, seorang individu yang mengenalkan dirinya
sebagai 'Hassan' dan mengakui mewakili penganjur, menelefon pejabatnya
pada hujung minggu.
"Dia minta Tun (Siti Hasmah) supaya tidak hadir.
“Alasan (diberikan) nanti kat pentas ada VC (naib canselor)
universiti awam, kalau Tun (Siti Hasmah) hadir, media akan spin (putar)
VC sokong Tun Siti (Hasmah),” katanya.
Bagaimanapun, pembantunya itu tidak dapat mengesahkan sama ada orang
yang menelefon itu adalah "Haji Hassan Hamzah" yang menandatangani surat
kepada Pengarah Eksekutif Karangkraf, Firdaus Hishammuddin.
Dalam surat tersebut, jawatan Haji Hassan Hamzah dinyatakan sebagai pengerusi jawatankuasa penganjur.
Malaysiakini sedang cuba menghubungi Karangkraf dan Yayasan Pembangunan Buku Kebangsaan untuk mendapatkan komen mereka.
Malaysiakini
Semakin ramai manusia di negara ini berada di rahang kebaculan.
ReplyDelete