BIRKIN, jenama beg tangan mewah dari Perancis yang dianggap simbol
status dan kekayaan menjadi perhatian dunia apabila ia diangkut
menggunakan troli oleh polis Malaysia.
Ia berikutan serbuan pihak polis ke kondominium mewah bekas Perdana
Menteri, Najib Razak yang berjaya merampas 284 kotak berisi tas tangan
berjenama mewah antaranya Hermes, dan Louis Vuitton.
Berdozen kotak oren mengandungi beg tangan jenama Hermes dipercayai
milik isteri bekas perdana menteri itu, Rosmah Mansor telah menarik
perhatian ramai.
Harga sebuah beg tangan Hermes Birkin boleh mencecah dari $8,000 (RM31,
776) hingga ratusan ribu ringgit dan 'kegilaan' Rosmah terhadap beg
jenama tersebut menjadi bualan warga Twitter, di mana #Birkin telah
menjadi trending.
"Victoria Beckham terkenal kerana memiliki 100 beg Birkin tetapi
nampaknya ada orang lain telah mengambil alih takhtanya," kata seorang
pengguna Twitter.
"Belanja mingguan? Beg tangan Birkin dari sebuah apartmen yang
dikaitkan dengan bekas PM Najib, ke sebuah rumah baru di balai polis,"
tulis Jonathan Head@PakHead.
Ada juga yang mengatakan mereka tidak sedar bahawa beg mewah sedemikian wujud sehingga kes Rosmah muncul.
Berikutan rampasan terbabit, Rosmah turut dibandingkan dengan bekas
wanita pertama dari Filipina, Imelda Marcos yang terkenal dengan
kecintaannya terhadap kasut dan perhiasan.
Namun, disebalik kekalutan menyelubungi serbuan, perdana menteri
baharu, Tun Mahathir Mohammad telah dilihat memakai sepasang sandal Bata
berwarna coklat di sebuah masjid.
"Tun Mahathir kita tidak perlu tidak ada Gucci atau Hermes, hanya Bata
sudah memadai," kata seorang pengguna Instagram yang mula-mula berkongsi
gambar Tun Mahathir dalam 'posting' yang kemudian menjadi viral.
Bata, jenama murah dari Swiss yang popular dalam kalangan pelajar
sekolah di Malaysia dan Singapura, turut mendapat manfaat apabila sandal
tersebut dikatakan habis dijual menerusi online. - BBC
No comments:
Post a Comment