(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang
bakal dilantik sebagai sebagai Menteri Besar Selangor esok antara
individu melawat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital
Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur.
Menerusi Twitternya, Azmin memuat naik status: 'Meraikan kemenangan
rakyat' dengan paparan gambar beliau bersama Anwar dilihat ceria sambil
tersenyum.
Dalam PRU14 yang baru berakhir semalam, parti pembangkang Pakatan
Harapan diketuai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
mengalahkan parti pemerintah BN diketuai bekas Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak, kekalahan pertama parti tersebut sejak negara
mencapai kemerdekaan.
No comments:
Post a Comment