Sarawak Report mendapati bahawa terdapat beberapa dakwaan yang
dikeluarkan oleh Pas, yang mendakwa bahawa mereka telah menang dalam kes
mereka ke atas Sarawak Report (SR).
Ini adalah dakwaan yang mengarut dan sangat mengelirukan, memandangkan
keputusan yang diberikan mahkamah hanyalah berkaitan permohonan prosedur
dan mahkamah belum sedikit pun membincangkan merit kes, kata SR.
Jelas SR, Perkara 1 – Tiada pun ‘5 permohonan yang diketepikan oleh
hakim’ – dakwaan ini adalah palsu. Perbicaraan yang dibuat hanya
melibatkan satu permohonan prosedur sahaja iaitu, permohonan SR untuk
mencapai penyelesaian yang lebih cepat dan murah secara perbicaraan
preliminari bagi menentukan sama ada Hadi mempunyai hak untuk membawa
kes tersebut, memandangkan secara jelas kes tersebut dibawa oleh Pas.
Walau bagaimanapun, Pas telah menolak untuk perbicaraan preliminari, dan
menyatakan mereka mahukan kes tersebut dibicara secara penuh,
perbicaraan penuh dengan kos yang tinggi.
Mereka membantah permohonan perbicaraan preliminari yang dipohon SR dan
mereka menyatakan akan membawa perkara-perkara yang boleh menyukarkan
mahkamah.
Hakim dengan itu berpandangan adalah lebih selamat dan mungkin lebih
murah untuk teruskan pendengaran penuh, di mana SR boleh membuat
pembelaan di atas beberapa isu lain yang saling berkaitan bagi memenangi
kes, selain dari kebenaran (truth) dan hak untuk menulis bagi
kepentingan awam.
Perkara 2 – Dakwaan bahawa hakim ‘ketepikan pembelaan benar (truth) SR’
dan oleh itu ‘70% kes telah dimenangi oleh PAS’ adalah tidak benar
langsung. SR telah menarik balik versi pembelaan sebelum ini, bagi
membolehkan untuk dipinda dan dikuatkan dengan maklumat -maklumat
berkaitan PAS menerima dana daripada Umno.
“Kami menjelaskan kepada mahkamah bahwa ini termasuk satu rakaman yang
dikatakan suara Nik Abduh mengaku bahawa parti telah menerIma wang dari
Umno. Hakim menanyakan sama ada SR akan memfailkan pembelaan baharu
sebelum perbicaraan dan peguam kami mengesahkan.
“SR telah pun bersetuju sebelum pendengaran permohonan untuk membayar
kos bagi penukaran pembelaan tersebut dan Hakim telah memotong hampir
separuh daripada jumlah yang dipohon oleh peguam Hadi. Akhirnya, nota
kepada peguam Pas yang mengaku mengambil gambar peguam London di dalam
bangunan mahkamah dan diletakkan di Facebook,” katanya.
Sebagai peguam, kata SR dia sepatutnya tahu bahawa perkara ini adalah
dilarang dan kesalahan tersebut (mengambil gambar di bangunan mahkamah)
boleh dihukum penjara sehingga 6 bulan.
“Dalam perkara Bahasa Inggeris. Peguam Hadi, Carter Ruck telah diberi
teguran oleh mahkamah kerana membacakan pernyataan bertulis yang
dikatakan dibuat oleh Hadi, sedangkan dia mengaku bahawa Hadi tidak
fasih berbahasa Inggeris.
“Hakim menyatakan kegagalan untuk memperaku bahawa kenyataan tersebut
bukan ditulis oleh Hadi dan tidak menyediakan terjemahan sewajarnya
untuk membuktikan bahawa dia telah membaca dan memahaminya, adalah satu
‘pelanggaran yang serius’,” jelasnya. AGEN DSAI....
2/5/18, mdl
No comments:
Post a Comment