KHARTOUM - SUDAN. Sebuah mahkamah di Sudan, semalam menjatuhkan hukuman
gantung ke atas wanita muda kerana membunuh suaminya yang
memperkosanya.
Hakim di Omdurman mengumumkan hukuman tersebut ke atas Noura Hussein,
19, selepas keluarga suaminya enggan menerima ganti rugi daripadanya.
Kumpulan hak asasi manusia bagaimanapun meminta pertuduhan itu ditarik balik.
Difahamkan, Noura dipaksa berkahwin pada usia 16 tahun dan bertindak melarikan diri ke rumah makciknya.
Kira-kira tiga tahun selepas itu, dia diperdaya untuk kembali ke rumah
keluarganya sebelum dihantar kepada suaminya yang kemudiannya bertindak
merogolnya di hadapan beberapa sepupu lelaki tersebut.
Keesokan harinya, wanita itu nekad menikam suaminya hingga mati ketika dia cuba melakukan perbuatan sama ke atasnya.
Kes tersebut turut mendapat perhatian meluas di media sosial hingga
mencetuskan kempen #JusticeforNoura yang menjadi trending di Twitter. -
BBC
Wrong prediction
ReplyDelete