TOKYO - JEPUN.Tiga individu yang dipaksa memandulkan diri mengikut
undang-undang eugenik yang tidak lagi wujud di Jepun, menyaman kerajaan
sebagai sebahagian daripada langkah untuk mendapatkan permohonan maaf
dan pampasan.
Saburo Kita, 75, dimandulkan ketika masih remaja dan cerita sebenar hanya didedahkan sebelum kematian isterinya pada 2013.
"Saya berani ke depan dengan harapan lebih ramai mangsa lain yang
menderita sejak berdekad lama, akan bangkit bersama saya menuntut
keadilan," katanya.
Menurut peguam Naoto Sekiya, Kita menuntut pampasan 30 juta yen (RM1 juta) daripada kerajaan.
Selain Kita, dua lagi mangsa masing-masing dari wilayah Sendai dan utara Hokkaido akan memfailkan saman hari ini.
Undang-undang eugenik diperkenalkan kerajaan Jepun bertujuan untuk
memperbaiki keturunan, malah sebahagian pesakit kusta juga dipaksa
menggugurkan kandungan kerana polisi yang tidak membenarkan mereka
mempunyai anak.- AFP
WOI, CELAKA PENJUDI. BERAMBUS KAMU, SIALAN. IBU WIDA DI GARUT, KAMU INI SYAITAN...
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
Delete