(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA - Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad
membidas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali yang
mendakwa Jabatan Peguam Negara (AGC) sebagai penasihat undang-undang
kerajaan.
Mahathir menyifatkan kenyataan Mohamad Apandi itu disifatkan sebagai mengarut.
"Pasa masa ini tiada lagi kerajaan. Bullshit" katanya dalam sidang media, hari ini.
Awal pagi ini, Mohamad Apandi dalam satu kenyataan berkata, Jabatan
Peguam Negara akan terus menjadi penasihat kepada kerajaan dan
menegaskan badan perundangan negara itu bebas pengaruh politik.
Terdahulu pada sidang media itu, Mahathir mengisytiharkan wajahnya boleh ditatapi oleh semua pihak.
"Sekarang muka saya tidak haram lagi. Tidak perlu koyak gambar muka
saya," katanya yang merujuk kepada tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) yang mengarahkan poster pilihan raya yang memaparkan gambarnya
diturunkan.
Mahathir memenangi kerusi Parlimen Langkawi dengan majoriti 8,893 undi selepas menewaskan calon-calon BN dan Pas.
Bekas perdana menteri itu memperoleh 18,954 undi untuk mengatasi Datuk
Ir Nawawi Ahmad (BN) yang mendapat 10,241 undi dan Zubir Ahmad (PAS)
yang menerima 5,512 undi.
Bla bla bla
ReplyDeleteIf dia smart, better step down once PH forming the Cabinet.
ReplyDelete