(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA - "Apa yang berlaku di Sabah adalah suatu yang malang".
Demikian reaksi Perdana Menteri Malaysia yang baharu, Tun Dr Mahathir
Mohamad ketika ditanya pemberita mengenai situasi yang berlaku di Sabah
ketika proses pengiraan undi.
Sambil menyifatkan proses pengiraan undi yang dijalankan Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) tidak efisien, beliau melahirkan rasa kasihan
terhadap Parti Warisan Sabah (Warisan) yang diketuai Datuk Seri Mohd
Shafie Apdal.
"Saya kasihan pada Sabah. Mohd Shafie banyak pengaruh. Tindakan
(pengiraan semula) untuk halang (Warisan) Shafie mentadbir," katanya
pada sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya Khamis malam setelah
selesai mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri, malam tadi.
Sejam selepas Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah, Yang Dipertua Negeri
Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menyempurnakan majlis mengangkat sumpah
melibatkan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Tan Sri Musa Aman. - Astro Awani
No comments:
Post a Comment