Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) akan diteruskan jika
kerajaan dapat membuat rundingan semula bagi terma yang lebih memihak
kepada negara, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Masalahnya adalah kos pembinaan terlalu tinggi. Ia dirundingkan oleh kerajaan sebelum ini.
"Termanya tidak terlalu baik. Semua terma ini perlu dirunding semula.
Jika kita dapat terma yang lebih baik, tentulah kita akan teruskan
(projek)," katanya dalam sidang media hari ini.
Sidang media itu dibuat selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi
BERSATU di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, petang tadi.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment