(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar
menyangkal dakwaan pemerintahan Pakatan Harapan membuka ruang ke arah
corak pentadbiran sekular.
Jelasnya, tafsiran mendakwa Malaysia ke arah negara sekular satu kenyataan yang tidak tepat.
"Macam mana boleh katakan Malaysia ke arah negara sekular sedangkan
pembentukan Kabinet tidak sempurna lagi dan setakat yang telah ada
menteri majoritinya Islam.
"Ketika ini masih tidak ada dasar atau polisi baru mengambarkan negara
kita ke arah sekular. Apa yang kita nampak, saya secara peribadi
sebutkan, kalau kita tak boleh terima bahawasanya kerajaan sekarang
kerajaan sempurna, mungkin paling kurang kita boleh banding kerajaan
sekarang dengan BN dulu.
"Kalau boleh sepakat dua-dua ada mudarat mungkin kita pilih mana yang
lebih ringan, dari sudut mudaratnya, macam itulah kita tengok sekarang
Pakatan Harapan lebih jauh baik dari sudut ringan mudaratnya, seterusnya
mungkin tengok dari sudut masa, dulu, kerajaan BN 61 tahun rakyat boleh
bersabar ini baru 50 hari, jadi takkanlah dalam tempoh kabinet pun tak
sempurna lagi kita nak sebut lebih sekuler jadi pandangan itu tak
tepatlah," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan, Ahli Majlis Tertinggi Umno,
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang dipetik berkata, dasar negara yang
melindungi Islam dan hak keistimewaan Melayu dipertikai secara terbuka
menunjukkan permulaan sekularisme di negara ini.
Kata Ahamad Shabery, perkara itu dahulunya dianggap tidak mungkin akan berlaku.
Menurutnya, kekuatan kerajaan bukan lagi berada di atas tangan Melayu dan Islam.
[ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia ke arah negara sekular: Ahmad Shabery]
Dalam pada itu menyentuh mengenai desas-desus bahawa beliau bakal
dilantik menjadi menteri, Nik Omar berkata 'saya serahkan kepada Tun Dr
Mahathir Mohamad'.
"Mungkin rasanya tak perlu bincang, serah kepada Tunlah tak perlu bincang," katanya.
No comments:
Post a Comment