Thursday, June 28, 2018

Layanan tak adil bukan prinsip PH, Nik Nazmi bidas Rina Harun

 | June 27, 2018
Nik Nazmi menghentam keputusan memberikan peruntukan pembangunan kampung hanya kepada negeri-negeri PH.
Nik Nazmi berkata prinsip PH ialah membantu semua orang.
PETALING JAYA: Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan bahawa keputusan untuk tidak menyalurkan peruntukan pembangunan kampung kepada negeri-negeri pembangkang bertentangan dengan prinsip PH.
Ahli Parlimen Setiawangsa itu menggesa Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun, menterbalikkan keputusan itu dan menyalurkan peruntukan pembangunan kampung kepada semua negeri tanpa halangan.
“Kita harus jadi kerajaan untuk semua orang, PH, Barisan Nasional, PAS, Gabungan Parti Sarawak dan tiada parti,” katanya di Twitter hari ini.

Kenyataan Nik Nazmi itu mengundang reaksi bercampur baru daripada warga internet, kerana ada yang menyokong sikap berprinsip itu dan ada juga yang mengatakan ia cuma langkah sementara.
Terdahulu, Rina mengumumkan kerajaan hanya akan memperuntukkan RM100 juta untuk pembangunan kampung kepada negeri-negeri yang hanya ditadbir PH sementara ia mengkaji mekanisme saluran dana untuk negeri-negeri pembangkang.

Menurut Rina, dana itu untuk pembangunan ekonomi dan setiap kampung yang layak boleh memohon geran sebanyak RM10,000.
Dana itu juga untuk elaun bulanan ketua-ketua kampung, setiausaha mereka dan ahli-ahli jawatankuasa, termasuk bayaran hadir mesyuarat sebanyak RM50.

No comments:

Post a Comment