Monday, June 25, 2018

Umno miliki aset bernilai bilion: Ku Li

Umno miliki aset bernilai bilion: Ku Li
Ku Li (depan, kiri) beramah mesra dengan ahli Umno di Klana Resort, hari ini.
(Ubah saiz teks)
SEREMBAN – Umno memiliki aset bernilai bilion jika dikumpulkan dan dimanfaatkan oleh parti.
Calon Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, kebanyakan aset berkenaan dipercayai didaftarkan atas nama pemegang amanah yang dilantik parti.

“Umno mempunyai aset di seluruh negara di mana setiap bahagian ada pejabatnya yang terletak di kawasan strategik dengan nilai hartanah meningkat setiap tahun.

“Barangkali ia bernilai lebih ratusan juta termasuk saham dan harta lain yang kebanyakannya di Kuala Lumpur. Kalau kita dapat senaraikan dan nilaikan semula berdasarkan harga semasa, harta Umno itu memang banyak.

“Banyak harta ini dipercayai didaftar atas nama pemegang amanah seperti presiden, timbalan presiden, bendahari atau setiausaha agung. Cuma sekarang, mereka yang pegang jawatan itu bertukar-tukar, tapi pemegang amanah masih kekal orang lama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir Majlis Ramah Mesra Aidilfitri bersama perwakilan dan ahli Umno di Klana Resort di sini, hari ini.
Menurutnya yang juga Ketua Umno Gua Musang, bagaimanapun beliau tidak mengetahui jika terdapat penyelewengan terhadap aset berkenaan
Ditanya pemberita adakah wujud penyelewengan terhadap aset dan harta terbabit.

Sementara itu, Tengku Razaleigh berpendapat Umno perlu membuat ‘post mortem’ mengenai kelemahan dan kesilapan dilakukan sehingga menyebabkan parti terbabit kalah teruk pada PRU14.
 Sinar Harian

No comments:

Post a Comment