Friday, June 29, 2018

Video pertengkaran: Pelantikan ahli kehormat RELA ditamatkan

Diterbitkan
   
Ahli kehormat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang terlibat dalam pertengkaran jalan raya yang tular di media sosial baru-baru ini, ditamatkan pelantikannya serta-merta.

RELA dalam satu kenyataan semalam berkata arahan tersebut dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Keputusan itu dibuat oleh Menteri Dalam Negeri setelah mengambil kira pandangan dan syor Jawatankuasa Pentauliahan Pangkat Kehormat dan Bersekutu Rela yang bermesyuarat pada 25 Jun," katanya.

Rela berkata pelantikan ahli kehormat dan bersekutu adalah pengiktifaran tertinggi jabatan kepada seseorang individu.
Justeru, semua ahli kehormat dan bersekutu RELA dinasihatkan untuk mematuhi peraturan dan etika yang telah ditetapkan serta tidak menyalahgunakan pelantikan tersebut untuk kepentingan diri sendiri.

Baru-baru ini, sebuah klip video berdurasi 1 minit 20 saat mengenai pertengkaran mulut di sebuah lebuh raya telah tular di media sosial dengan seorang lelaki mendakwa dirinya daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Susulan itu, KDN telah mengeluarkan kenyataan pada 21 Jun lepas bahawa lelaki tersebut adalah anggota kehormat RELA yang telah digantung jawatan dan disiasat atas kesalahan salah guna kuasa pada Mei 2017.
- Bernama

No comments:

Post a Comment