SYDNEY - AUSTRALIA. Seorang lelaki menembak mati anak lelaki dan
perempuannya di kediaman mereka di Sydney sebelum membunuh dirinya
sendiri, menurut polis, hari ini.
Menurut polis, mayat kedua-dua mangsa berusia 13 dan 15 tahun itu
ditemui di rumah mereka selepas jiran membuat laporan sejurus terdengar
bunyi tembakan.
Insiden pembunuhan itu berlaku kira-kira dua bulan selepas seorang
warga emas menembak mati isteri, anak perempuan dan tiga cucunya dalam
kejadian menggemparkan di Australia Barat.
"Mayat lelaki itu yang dikenali sebagai John Edwards, 68, pula ditemui
di kawasan berhampiran. Dua pistol canggih turut dijumpai," kata
Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis New South Wales, Bress McFadden.
Jelasnya, lelaki tersebut dipercayai telah merancang pembunuhan itu menggunakan senjata api yang sah.
Difahamkan, lelaki terbabit dan bekas isterinya yang berusia 36 tahun berebut hak penjagaan anak mereka sejak dua tahun lalu.
Menurut nenek kedua-dua mangsa, anak lelakinya menjalani kehidupan yang sederhana selepas dia bercerai dan bersara. - Agensi
No comments:
Post a Comment