Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan berkata,
terpulang kepada Nazir Razak jika beliau mahu melepaskan jawatan
pengerusi Kumpulan CIMB sebelum tamat kontrak.
KUALA LUMPUR: Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) tidak memaksa sekiranya
Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak mahu berhenti awal
sebelum kontraknya berakhir Ogos 2019.
Pengerusinya, Tun Daim Zainuddin berkata, keputusan meletak jawatan terpulang sepenuhnya kepada Nazir.
“Terpulang kepada dialah, masing-masing ada kontrak. Kalau dia nak
berhenti awal terpulang kepada dia,” katanya ringkas mengulas status
Nazir selepas merasmikan Majlis Pelancaran Buku Aishah Ghani Srikandi
Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad (KJMWB) dan logo barunya hari ini.
Sementara itu, Nazir dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau
belum memutuskan sama ada akan melanjutkan tempoh kontraknya yang akan
berakhir tahun depan, namun akan mengundur diri sekiranya Lembaga
Pengarah CIMB, pemegang saham serta Bank Negara mahu beliau meletak
jawatan lebih awal.
Terdahulu, pada majlis itu, Pengerusi KJMWB, Armi Zainudin berkata,
buku terbitan koperasi itu mengisahkan perjuangan tokoh wanita Tan Sri
Aishah Ghani dalam mengendalikan KJMWB sejak penubuhannya pada 1974
sehingga menjadi sebuah koperasi wanita Melayu yang berjaya dan paling
lama di Malaysia.
Menurutnya, pengenalan logo baru koperasi itu sejajar usaha menarik
ahli baru menjadi tenaga pelapis, di samping tampil lebih dinamik, segar
dan menggambarkan kemantapan yang ingin dibentuk.
“KJMWB bertekad untuk memesatkan lagi aktiviti pembangunan sosio
ekonominya, jadi kami perlu membuat persiapan memasuki fasa pertumbuhan
lebih mencabar melalui suntikan modal, idea bernas dan tenaga pelapis
yang komited.”
Turut hadir Pengerusi Yayasan Suara Wanita (Yusnita), Tan Sri Zaleha
Ismail; Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa),
Datuk Abdul Fattah Abdullah dan Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Shukry
Mohd Salleh
FMT
Sendiri mau ingatlah Nazir duit Najib masuk melalui Cimb nanyak kali....and you did nothing to stop it
ReplyDelete