Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mujahid
Yusof Rawa yang mengaturkan pertemuan tersebut berkata kedua-dua tokoh
itu telah menyelesaikan perbezaan mereka mengenai pendakwah Zakir Naik
dan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
"Mereka berdua bersetuju bahawa isu yang dikaitkan dengan LTTE ini diserahkan kepada pihak authority.
"Dan yang kedua berkenaan isu Zakir Naik juga, mereka juga bersetuju
perkara itu akan diserahkan kepada pihak kerajaan. Apa yang diputuskan
oleh kabinet itu adalah perkara yang mereka terima," kata Mujahid kepada
pemberita pada sidang akhbar bersama Ramasamy dan Asri di lobi Kompleks
Islam Putrajaya.
Mujahid berkata pertemuan yang berlangsung selama 40 minit itu
berjalan dalam suasana mesra dan kedua-dua tokoh itu mendapati mereka
berkongsi beberapa persamaan.
"Pertemuan tadi berlangsung mesra...tiada ada apa-apa yang boleh
dianggap sebagai pertemuan yang terpaksa atau ada apa-apa perkara yang
tidak elok.
"Mereka dapat kenal mengenali antara satu sama lain," kata Mujahid.
Pertikaian timbul selepas mufti Perlis itu mencadangkan debat antara
Ramasamy dan Zakir mengenai 'siapa pengganas sebenar' merujuk dakwaan
wakil rakyat DAP itu dengan LTTE.
Apa yg selesainya?
ReplyDeleteSapu bawah karpet ?
DeleteRamasamy tu kafir..allh dh brfrman jgn jadikn kaum kafir itu sebagai pemimpin atau ikutn kamu kerana mereka ini tidak sesekali dot dot dot..x kan lh org agama ni x reti atau sbb pasal undi sbb tu dgn org islm bertegang urat tp dgn kaum kafir begitu prihatin utk perpaduan kononnye..mujahid kau ni org yg ada ilmu tp utk kepentingn parti kau bukan utk umat islam keseluruhan..
ReplyDelete