Wednesday, July 4, 2018

PM sedang cari calon sesuai Timbalan Menteri Pertahanan

Sinar Harian

PM sedang cari calon sesuai Timbalan Menteri Pertahanan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V (duduk, kanan) berkenan berbual bersama Menteri Pertahanan Mohamad Sabu pada majlis Sambutan Aidilfitri di Wisma Perwira hari ini. - Foto Bernama

(Ubah saiz teks) 
 

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih mencari calon sesuai bagi mengisi kekosongan jawatan timbalan menteri pertahanan, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

"(Saya) memang menunggu seorang timbalan dan Perdana Menteri sedang mencari calon sesuai untuk Timbalan Menteri Pertahanan. Kita harap Perdana Menteri dapat menamakannya dan melicinkan lagi perjalanan Kementerian Pertahanan," katanya selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Perwira di sini, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke majlis berkenaan.

Turut hadir Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkiple Kassim dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Affendi Buang.

Ditanya adakah calon timbalan menteri pertahanan adalah dalam kalangan senator, Mohamad berkata terdapat kemungkinan jawatan itu akan diisi oleh senator.

"Kalau  lewat (lantikan) mungkin (timbalan menteri) dalam kalangan senator," katanya.
Semalam, 13 lagi menteri Kabinet dan 23 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara. - Bernama

3 comments:

  1. Lantik aje mejar yang telah dikenakan tindakan tatatertib dulu tu...satu negeri dgn yb menteri pertahanan....

    ReplyDelete
  2. Ya...betul Major yg berani berkata benar tu.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete