Wednesday, August 22, 2018

Wan Azizah nafi peraturan baru PKR sasar Rafizi

Kow Gah Chie  | 
   
Peraturan baru PKR yang menghalang calon pemilihan parti daripada mengadakan ceramah dan membuat jamuan makan besar-besaran dengan kehadiran lebih 100 orang bukan menyasarkan Rafizi Ramli yang bertanding jawatan timbalan presiden.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata demikian ketika diajukan soalan sama ada naib presiden parti itu adalah sasaran.
"Tidak. Ia untuk semua calon," katanya ketika ditemui selepas menyertai solat Aidiladha di Surau Al Falah, Taman Cempaka, Ampang, Selangor, hari ini.
Berdasarkan pekeliling PKR bertarikh 19 Ogos, Malaysiakini melaporkan parti itu memperkenalkan beberapa peraturan baru yang ketat .

Ini termasuk mengadakan ceramah dan membuat jamuan makan besar-besaran dengan kehadiran lebih 100 orang dan kempen tersebut harus diadakan di tempat tertutup.
Selain itu, PKR juga menghalang calon daripada menggunakan imej berkumpulan dalam bahan kempen.

Calon yang melanggar peraturan baru ini berdepan risiko tindakan tatatertib atau disingkirkan daripada bertanding dalam pemilihan parti sama sekali.
Dalam suratnya yang membantah beberapa peraturan baru itu, Rafizi mendakwa kod etika berkenaan ditujukan kepadanya.
Malaysiakini

1 comment:

  1. Adakah anda berminat dengan pinjaman? Kami menawarkan semua jenis bantuan kewangan kepada semua individu "pinjaman peribadi, pinjaman pelaburan, pinjaman pinjaman rumah dan syarikat pinjaman di seluruh dunia, kadar faedah kami adalah 2% setahun, kami juga menyediakan nasihat kewangan kepada pelanggan kami. dan memerlukan pinjaman untuk membiayainya dengan segera, kami boleh membincangkannya, menandatangani kontrak dan kemudian membiayai projek atau perniagaan anda untuk anda. Hubungi kami hari ini untuk semua orang.

    Kategori Perniagaan

    Perniagaan Merchandising.
    Perniagaan perkilangan
    Perniagaan Hibrid.
    Pemilikan tunggal
    Perkongsian.
    Syarikat.
    Syarikat terhad.

    Sebagai perniagaan peribadi, anda boleh memohon dalam mata wang yang anda mahukan.

    Keperluan kewangan anda Hubungi kami melalui E-mel:
    E-mel: rikaandersonloancompany@gmail.com
    Twitter: rikadiananderso
    Instagram: rikaandersonloancompany
    Watsapp: +1 (914) 7057-484

    ReplyDelete