SELEPAS
pernah ditampar bapa tirinya yang berusia 50 tahun awal September tahun
lalu, seorang remaja perempuan di Kuantan, kini trauma selepas mendakwa
lelaki itu memaksanya tidur bersama, pada 19 Oktober lalu.
Remaja
berusia 18 tahun itu mendakwa, bapa tirinya yang tidak lagi bekerja
memberi alasan tindakan mengajaknya tidur bersama adalah bagi menghalang
mangsa terus diganggu makhluk halus.
“Saya
tidak boleh terima (alasan) dan tindakannya adalah tidak logik, saya
kini dalam keadaan trauma... tidak sanggup lagi pulang ke rumah selepas
kejadian itu.
“Semalam,
saya ke pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon
Siang dan beliau meminta saya membuat laporan polis berhubung kejadian
itu... (laporan polis) sudah buat petang semalam dan kini saya menumpang
di rumah emak saudara,” katanya pada sidang media di pejabat ADUN
Teruntum, dekat Kuantan, hari ini.
Ketika
diminta menceritakan kejadian itu, mangsa berkata, bapa tirinya yang
berkahwin dengan emaknya yang berusia 44 tahun sejak sembilan tahun lalu
memaksanya tidur di tengah-tengah, antara mereka.
“Saya tidak tidur sepanjang malam kerana bimbang keselamatan diri,” katanya,
Katanya,
tahun lalu bapa tirinya itu menamparnya kerana mendakwa dirinya
berkawan dengan budak tidak senonoh dan kehidupannya sebagai remaja juga
dikawal serta hanya boleh keluar ke tempat belajar sahaja.
“Saya
terpaksa minta bantuan emak saudara mengambil saya di rumah pagi
semalam sebelum ke sini (pejabat ADUN Teruntum) dan ke Balai Polis
Kuantan. Saya tidak mahu balik dan kalau boleh hendak tinggal dengan
nenek di Kuala Lumpur,” katanya yang kini belajar di sebuah kolej swasta
di Kuantan.
Sementara itu, Chon Siang berkata, beliau mengambil masa kira-kira empat jam semalam untuk memujuk mangsa membuat laporan polis.
“Susah
juga kes ini, saya terpaksa memujuk dia membuat laporan polis terlebih
dulu sebelum tindakan lanjut boleh diambil terhadap bapa tirinya.
“Saya
akan bawa kes ini untuk perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
esok dan meminta khidmat nasihat mereka bagi memastikan nasib mangsa
terbela.
“Mangsa boleh dikatakan
bernasib baik kerana belum berlaku apa-apa kejadian tidak diingini.
Tetapi saya bimbang jika dibiarkan, kita tidak tahu apa lagi niat bapa
tirinya,” katanya.
No comments:
Post a Comment