
GEORGE TOWN: Satu seminar kesedaran tentang lesbian, gay, biseksual
dan transgender (LGBT) anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
mendedahkan populasi gay berganda dalam tempoh 5 tahun yang lalu.
Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim
Mohd Izwan Md Yusof berkata hari ini terdapat kira-kira 310,000 gay
berbanding 173,000 gay pada 2013.
Dalam seminar Peradaban dan Kecelaruan Gaya Hidup Kontemporari, Izwan
berkata populasi transgender juga menunjukkan peningkatan daripada
kira-kira 30,000 hari ini berbanding 10,000 pada 1988.
Beliau berkata kebanyakan mereka adalah pekerja seks.
Izwan berkata peningkatan itu boleh dikaitkan dengan peningkatan
bahan lucah dalam talian, kurang pemantauan oleh ibu bapa dan mencaci
golongan keperempuan-perempuanan.
Beliau berkata cacian seperti “sotong” perlu dielakkan sama sekali
kerana ia mendorong golongan LGBT bertindak melampau kerana sakit hati.
Izwan menggesa ibu bapa supaya memerhatikan anak-anak mereka kerana kecenderungan gay selalunya terpupuk di usia kecil.
Beliau juga menyeru kerajaan memansuhkan sekolah-sekolah asrama
kanak-kanak bagi mengelakkan mereka terdedah kepada sentuhan-sentuhan
tidak wajar.
“Pada pendapatan saya asrama hanya disediakan bagi mereka yang berada
di Tingkatan 4 ke atas kerana mereka akan lebih sedar tentang
sentuhan-sentuhan yang tidak wajar,” katanya.
Izwan berkata Jakim tidak menyokong LGBT tetapi ia akan terus santuni dan mendekati golongan itu dengan tujuan kaunseling.
“Jangan caci mereka. Dekati mereka, bercakap dengan mereka, berdoalah
untuk mereka. Sebagai seorang Islam, kita benci dosa itu dan bukannya
membenci pelakunya.
“Kita tak setuju dengan perbuatan berdosa dan kita mahu menasihati
mereka. Dalam Islam tiada ruang untuk membolehkan perbuatan homoseksual.
“Jadi di pihak Jakim, kami mencari cara untuk membantu mereka yang
tersimpang menyelaraskan kepercayaan mereka kepada Islam dan membawa
mereka ke jalan yang betul.
“Kami sentiasa menyokong mencegah lebih baik dari merawat, jadi kami
membawa pendekatan itu melalui pelbagai program di Jakim,” katanya.
Izwan berkata 1,450 daripada golongan LGBT sudah dipulihkan melalui program Mukhayyam yang dijalakan di pusat-pusat pemulihan.
Seorang lagi speaker, Dr Janizah Abdul Ghani daripada Jabatan
Kesihatan Pulau Pinang berkata perbuatan seks sesama lelaki banyak
menyumbang kepada peningkatan kes penyakit kelamin seperti kes-kes HIV
di negara ini.
Beliau berkata kajian menunjukkan perbuatan seks sesama wanita mencatatkan kes penyakit kelamin paling rendah setakat ini.
Dr Janizah berkata berdasarkan kajian tersendiri, hampir 80% pesakit
gay yang mendapatkan rawatan penyakit kelamin di hospital menggunakan
aplikasi janji temu untuk golongan homoseksual.
No comments:
Post a Comment