
PETALING JAYA: Mahkamah Majisret di sini hari ini mengeluarkan
perintah reman 2 hingga 5 hari terhadap 16 individu, termasuk 3 pekerja
syarikat pemaju, One City Development Sdn Bhd bagi membantu siasatan kes
di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, semalam.
Majistret Nor Ariffin Hisham mengeluarkan perintah reman ke atas
semua suspek berusia 18 hingga 49 tahun itu bermula hari ini, selepas
membenarkan permohonan polis menahan reman mereka bagi membantu siasatan
kes di bawah Kanun Keseksaan mengikut Seksyen 435 (khianat dengan api),
Seksyen 148 (merusuh), Seksyen 427 (melakukan khianat) dan Seksyen 447
(pencerobohan jenayah).
Ketika ditemui di luar mahkamah selepas tamat prosiding reman, peguam
Mohamed Haniff Khatri Abdulla dan Muhammad Rafique Rashid Ali yang
mewakili 3 daripada suspek yang juga pekerja pemaju itu berkata, anak
guam mereka direman 2 hingga 4 hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
Kejadian kira-kira 2 pagi Isnin itu tercetus, apabila
puluhan individu berkumpul dan merusuh di sekitar kuil sehingga berlaku
pergaduhan antara 2 kumpulan yang menyebabkan berpuluh kenderaan dan 2
motosikal terbakar.
FMT
No comments:
Post a Comment