KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemilihan PKR tidak
boleh ditangguhkan, walaupun timbul banyak masalah akibat pelaksanaan
sistem e-undi buat pertama kali tahun ini.
“(Sistem e-undi) memang banyak keresahan kerana dianggap tidak telus dan undi ragu pun banyak. Banyak masalah saya akui.
“Tapi, yang pentingnya proses itu kena jalan, teruslah tak boleh
tangguh lagi, tapi saya tahulah kelemahan sistem itu. Memang diakui dari
awal,” katanya di lobi Parlimen hari ini.
Presiden PKR itu berkata, setiap calon perlu menerima keputusan
Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR dan membuat aduan mengikut proses
sedia ada, jika timbul sebarang rasa tidak puas hati. FMT
SPRM dahulu satu billion lebih baik dan berintegriti berbanding badan yang menguruskan pemilihan PKR. Pemilihan PKR dilihat penuh dengan penipuan, masalah e voting dan sebagainya, tiada integriti, disarankan dibuat pemilihan semula... Walaubagaimanapun masih belum terlambat untuk mengucapkan TAKZIAH kepada Rafizi...
ReplyDelete