Saturday, November 17, 2018

Kebakaran hutan. Angka penduduk hilang meningkat lebih 1,000 orang

Angka penduduk hilang meningkat lebih 1,000 orang
Pemandangan menakutkan selepas Camp Fire memusnahkan sebatang jalan di Paradise.
PARADISE - AMERIKA SYARIKAT. Jumlah penduduk yang dilaporkan hilang dalam kebakaran hutan di utara California kini meningkat kepada lebih 1,000 orang semalam.

Pertambahan itu susulan penemuan lapan lagi mayat.
Sherif Butte county Kory Honea berkata jumlah mereka yang hilang meningkat daripada 631 pada Khamis kepada 1,011 semalam  selepas lebih banyak laporan orang hilang dihantar dan panggilan kecemasan yang dibuat pada 8 November disemak semula.

Lapan orang mangsa menjadikan jumlah kematian rasmi naik kepada 71 orang dalam kebakaran 'Camp Fire'.
Honea menegaskan bahawa jumlah mereka yang hilang sentiasa berubah dan ini tidak bermakna mereka sudah dianggap terbunuh.

“Maklumat yang saya berikan adalah data kasar dan kami mendapati wujud kemungkinan senarai ini mengandungi nama berulang,” tambahnya. – AFP

No comments:

Post a Comment