
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menolak
kemungkinan wujud “musuh dalam selimut” dalam PKR yang cuba merosakkan
pemilihan parti di bahagian Julau, Sarawak, semalam.
Presiden PKR itu berkata, Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP)
dipertanggungjawab untuk menyiasat dengan teliti dakwaan tablet di pusat
mengundi bahagian itu digodam dengan perisian “Prey” sehingga
mengakibatkan penangkapan seorang pegawai pemilihan PKR hari ini.
“Saya mahukan JPP siasat dan cari apakah puncanya. Mana-mana pihak
yang membuat kepincangan sepatutnya kita tangani sebab parti kita telah
berkembang.
“Dulu ahli sikit tetapi sekarang ramai dan kita hadapi banyak masalah
juga. Kita tak boleh nafikan mungkin ada ‘infiltrator’ yang datang dan
merosakkan parti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis
penutupan rasmi Hari Puteri peringkat kebangsaan, hari ini.
Terdahulu hari ini, seorang pegawai pemilihan PKR yang ditugaskan
untuk mengurus proses pengundian di Julau ditahan polis ekoran dakwaan
berlakunya “serangan siber” pada sistem e-undi di bahagian itu.
Sebuah portal melaporkan penahanan itu disahkan pengarah pemilihan PKR Sarawak, Desmond Kho.
Katanya, pegawai terbabit kini ditahan polis di Sarikei.
Semalam JPP mengesahkan 4 tablet yang digunakan di pusat mengundi Julau telah digodam.
Pengerusinya, Datuk Rashid Din, berkata, penggodam cuba memasukkan
perisian intip itu ke dalam 10 tablet yang digunakan untuk proses
pengundian.
Katanya, siasatan awal mendapati perisian intip itu dimasukkan secara
fizikal ke dalam tablet untuk kegunaan pemilihan di bahagian Julau
kira-kira pukul 4 pagi, semalam.
Dakwaan itu pada awalnya ditimbulkan oleh calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli.
Katanya, perisian itu membolehkan penggodam mengawalnya dari jauh.
Awal bulan ini, dilaporkan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng disiasat
oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan
pertambahan mengejut ahli di bahagian parti itu.
Keahlian bahagian Julau dilaporkan meningkat kepada 13,000 orang daripada hanya 603 dalam masa satu hari.
FMT
Yg buat sistem tu kot yg godam. Hahaha
ReplyDeletebankami.blogspot.com
itu tak pssti, yg pasti dan sahih mmg ada lakibini dlm selimut...!!
ReplyDelete