Sunday, December 9, 2018

Duta: Bon Samurai bukti Jepun yakin kepimpinan Dr M

Duta Jepun, Makio Miyagawa berkata, keyakinan 
industri Jepun untuk meninjau peluang serta 
mengembangkan pelaburan di Malaysia kembali 
ketara susulan pentadbiran kerajaan baru. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Pakej bantuan kewangan Jepun kepada Malaysia termasuk penerbitan bon Samurai, merupakan bukti keyakinan kukuh negara itu terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Duta Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa berkata, bon dalam denominasi yen bernilai RM7.4 bilion itu yang dijadual diterbitkan sebelum Mac tahun depan, tidak hanya mengurangkan beban kewangan Malaysia susulan komitmen kerajaan terdahulu, tetapi turut meningkatkan semula keyakinan pelabur Jepun untuk kembali ke negara ini.

Beliau berkata penerbitan bon 10 tahun itu juga adalah susulan kepada perbincangan di antaranya dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Kementerian Kewangan Malaysia sememangnya dalam usaha menerbitkan bon dalam denominasi yen di pasaran Tokyo bagi memastikan sumber kewangan besar untuk menggantikan hutang berkadar faedah amat tinggi yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu,” katanya.
Mengulas selanjutnya, Dr Miyagawa mendedahkan, teras kedua pakej kewangan itu adalah dalam bentuk pinjaman rasmi oleh kerajaan Jepun bagi pembiayaan beberapa projek dan program yang ditawarkan pada kadar faedah rendah serta tempoh pembayaran semula yang lebih panjang, termasuk beberapa program pembangunan pendidikan dan modal insan.

Beliau juga sempat berkongsi pemerhatiannya terhadap kemunculan semula Dr Mahathir menerajui pemerintahan negara pada Mei lepas.

“Kerajaan baru Malaysia berjaya menyelamatkan negara daripada dihimpit bebanan hutang besar, malah telah memulakan semangat baru menerusi platform dasar baru bagi keadilan, kesaksamaan, tadbir urus serta mengemudi Malaysia ke arah pertumbuhan lebih lancar,” katanya.

Tindakan sedemikian, kata duta itu, turut mengembalikan keyakinan peringkat tempatan dan antarabangsa terhadap demokrasi di Malaysia, sekali gus membuka peluang baru membabitkan interaksi dengan penggiat serantau dan global.

“Ini turut memberi isyarat jelas kepada negara jiran Asia lainnya untuk membuat perubahan,” katanya.
Menyentuh aspek pelabur, Dr Miyagawa berkata, keyakinan kalangan industri di Jepun untuk meninjau peluang serta mengembangkan pelaburan di Malaysia, juga kembali ketara susulan pentadbiran kerajaan baru di negara ini.

“Walaupun industri kedua-dua negara berkongsi hubungan yang akrab, syarikat Jepun ternyata keberatan untuk melabur dalam beberapa tahun kebelakangan ini akibat pergolakan politik di Malaysia.

“Namun, selepas berakhirnya pilihan raya umum tahun ini, pelabur Jepun mula meneliti semula pelaburan di Malaysua dan (sambutannya) adalah positif,” katanya.

Dr Miyagawa menyifatkan aliran perkembangan itu adalah hasil komitmen dasar pentadbiran baru diterajui Dr Mahathir yang antaranya menyentuh aspek ketelusan, keadilan dan kedaulatan undang-undang.

“Pihak Jepun menerusi sektor awam dan swasta, kedutaan dan industrinya yang menjalankan perniagaan di Malaysia pasti teruja untuk meneruskan serta memperhebatkan lagi dialog dengan pihak berkuasa dan pertubuhan industri di Malaysia.

“Dialog sedemikian amat penting bagi kefahaman bersama selain turut memberi jaminan serta dorongan kepada lebih banyak syarikat Jepun untuk datang ke Malaysia,” katanya
FMT

1 comment:

  1. Saya Devina dari malaysia di bandar malacca, saya menumpukan masa saya di sini kerana janji yang saya buat kepada Puan Elizabeth yang menjadi pemberi pinjaman dalam talian firma pinjaman Elizabeth dan saya berdoa kepada ALLAH agar dia dapat melihat jawatan saya pada hari ini .

     Beberapa bulan yang lalu saya melihat komen yang disiarkan oleh seorang wanita bernama Arnah dan bagaimana dia telah ditipu meminta pinjaman dalam talian dari Dr James Mowat, menurutnya sebelum ALLAH mengarahkannya ke tangan Puan Elizabeth dan Puan Elizabeth meminjamkan Rm35,000, 0Rupiah tanpa tekanan dan kelewatan, sila hubungi Dr James Mowat melalui e-mel: jamesmowatloanfirm@gmail.com untuk mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

    Saya membuat keputusan untuk menghubungi Arnah untuk mengesahkan sama ada ia benar dan untuk membimbing saya bagaimana untuk mendapatkan pinjaman daripada Puan Elizabeth, dia memberitahu saya untuk menghubungi Puan Elizabeth saya menegaskan bahawa dia harus memberitahu saya proses dan kriteria yang dia katakan itu adalah sangat mudah bagaimana untuk memohon pinjaman dari Puan Elizabeth yang saya perlu lakukan adalah menghubungi beliau, mengisi borang permohonan menghantarnya semula, menghantar salinan kad pengenalan saya yang diimbas, kemudian mendaftar dengan syarikat yang selepas itu saya akan mendapatkan pinjaman saya . maka saya bertanya kepadanya bahawa bagaimana anda mendapat pinjaman anda? dia menjawab mengatakan bahawa itu semua dia lakukan, itu sangat mengejutkan.

     Saya menghubungi Puan Elizabeth dan saya mengikuti arahan dengan berhati-hati kerana saya memenuhi keperluan mereka dan pinjaman saya telah diluluskan dengan jayanya tetapi sebelum pinjaman dipindahkan ke akaun saya saya diminta untuk berjanji untuk berkongsi berita baik tentang Puan Elizabeth dan itu mengapa anda melihat jawatan ini hari ini. kepada kejutan saya yang paling besar saya menerima berjaga-jaga sebanyak Rm25,000 Rupiah.So saya nasihat setiap orang yang mencari sumber yang boleh dipercayai untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Elizabeth melalui Email: elizabethchristopherloan@gmail.com untuk pinjaman selamat anda juga boleh menghubungi saya E-mel saya: devinairf128@gmail.com atau anda juga boleh menghubungi Arnah di arnahnana01@gmail.com. Saya percaya satu perubahan yang baik patut mendapat perhatian yang lain.

    ReplyDelete