Pengerusi
PPBM Dr Mahathir berkata, semua orang mempunyai pendapat,
tetapi janji
beliau berhubung jawatan perdana menteri akan ditunaikan
PUTRAJAYA: Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad
berkata beliau tetap akan menyerahkan jawatannya sebagai perdana menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dijanjikan sebelum ini.
berkata beliau tetap akan menyerahkan jawatannya sebagai perdana menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dijanjikan sebelum ini.
“Macam-macam orang ada pendapat, mereka ada pendapat masing-masing.
Itu pendapat mereka tapi kena pegang kepada janji,” katanya kepada
pemberita di Perhimpunan Agung Tahunan PPBM di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas usul daripada
perwakilan Kelantan, Zulkifli Zakaria ketika sesi perbahasan ucapan
dasar presiden pagi tadi yang mencadangkan supaya jawatan perdana
menteri yang dijawatnya kini dikekalkan sehingga pilihan raya umum
ke-15.
Dr Mahathir dijangka mengulas usul tersebut dalam ucapan penggulungan beliau petang nanti.
November lalu Dr Mahathir berjanji bahawa jawatan perdana menteri
yang disandangnya akan diserahkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar
Ibrahim selepas tempoh 2 tahun.
Sebelum itu beliau setuju menjadi perdana menteri kerana Anwar berada
dalam penjara apabila kerajaan baru mengambil alih pentadbiran
berikutan kemenangan Pakatan Harapan(PH) dalam pilihan raya umum 9 Mei.
“Saya berjanji tidak akan kekal lama sebagai perdana menteri. Mungkin 2 tahun, mungkin lebih, mungkin kurang,” katanya
Sementara itu Naib Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir
menganggap usul yang dikemukakan perwakilan Kelantan itu satu cadangan
yang baik.
Beliau berkata Dr Mahathir perlu diberi ruang bagi memulihkan negara sebelum diserahkan kepada penggantinya iaitu Anwar.
“Setakat apa yang saya tahu ia tidak kontradik kerana kita masih
merancang untuk Datuk Seri Anwar menjadi perdana menteri selepas Tun
Mahathir sebagai perdana menteri ke-8.
“Isunya adalah waktu. Kita pastikan semua yang kerajaan perlu
selesaikan dahulu dan kemudian baru kita rasa selesa dengan situasi
itu,” katanya pula.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
berkata, sayap itu akan menghormati serta mengikut setiap keputusan yang
akan diambil oleh Dr Mahathir selepas ini.
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Muar bagaimanapun berkata,
isu atau usul tentang perkara tersebut sepatutnya dibincangkan terlebih
dahulu di peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).
“Pemuda PPBM akan beri sokongan yang penuh kepada Tun mengikut cita rasa Tun. Kita kena dengar Tun dan kita akan sokong Tun.
“Tapi perkara seperti ini seperti yang saya tekankan berkali-kali,
perlu dibincang dalam Majlis Presiden PH, sebab permuafakatan PH itu
yang mengikat kita bersama,” katanya
I'm sure at the same time contemplating the particular parents/kids to be able to submit any food along the lines of pretzels, m& m's, or anything else making sure that we're able to count up to observe the amount of portions each and every boy or girl could get within category. https://imgur.com/a/ZxfPpZ6 https://imgur.com/a/83SWyRA https://imgur.com/a/qTGU018 https://imgur.com/a/SOaA5ss https://imgur.com/a/S8pCb9M https://imgur.com/a/FEyNCkF https://imgur.com/a/QgOB0Up
ReplyDelete